Thursday 1 August 2013

Pelangi disebalik hujan



Bismillahirrahmanirrahim

Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kecetekan minda diri ini menyukarkanku unutk memahami segala keindahan rancanganNya. Bukan menyalahkanNya kerana tidak memberi sesuatu yang ku suka. tapi sebaliknya menyalahkan diriku seribu kali salah kerana tidak memahami cintaNya untuk diri ini. Kerana CintaNya pada diri yang dhoif ini, Dia aturkan sebegini bagi hidupku.

Ku akur, memang sukar bagiku untuk menerima kenyataan bahawa ia bukan seperti yang telah diriku rencanakan. Tapi mengingatkan bahawa Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, ia melembutkan lagi hatiku untuk menerima taqdir ini. Mungkin sukar. Mungkin juga perit. Tapi aku yakin ini yang terbaik.

Walaupun aku tidak diizinkanNya untuk ke bumi anbiya' tapi aku diberi peluang dariNya untuk belajar di kawasan nusantara ini. Supaya dekat dengan keluarga ku. Tambahan juga, kursus yang aku inginkan memang ada di sini. Jadi memang ini lah hikmah terbesarNya. Seperti yang telah ku janji sebelum ini, akan ku tunduk semula kepada segala rencanaNya. Kesedihan yang ku rasa hanyalah sementara jika ingin dibandingkan dengan kerisauan yang aku akan tinggalkan kepada seluruh keluargaku andai ku teruskan niat ku untuk ke bumi anbiya' itu. Tiba masanya diriku mengorbankan kebahagiaan ku untuk kebahagiaan mereka, mengenangkan jasa mereka yang terlalu banyak dicurahkan padaku, apa lah sangat jika hendak dibandingkan ini dengan pengorbanan mereka yang terlalu banyak untukku. 

Tambahan juga. matlamat ku untuk belajar, ku ingatkan diriku semula. Bukan tempat yang mendorong ku untuk belajar tetapi sebaliknya hadaf dan minatku yang membawaku ke sesautu tempat. In syaa ALLAH aku yakin ini yang terbaik dan terbaik buat diriku. Mungkin aku akan menangis hari ini, tapi moga masa hadapan nanti aku akan tersenyum lebar mengenangkan kembali keputusan yang dulu ku ambil. Diriku yakin dengan PerancanganMu ya Allah. Diriku yakin! 

Ya Allah, andai perjalanan ini yang terbaik buatku, ku mohon permudahkanlah ia bagiku. Andai destinasi ini yang akan membuatkan umi ayahku redha dengan kepergianku, maka redhakan lah hatiku dalam menerimanya. Andai ini taqdirMu untukku, lembutkanlah hatiku untuk melaluinya. Ku yakin ya Allah, keputusan ini bukan untuk menghukum diri ini, tetapi sebaliknya ini yang terbaik. Terbaik buatku, keluargaku dan agamku. Amin!

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

(Dan setelah engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah pada ALLAH)

No comments:

Post a Comment