Saturday 14 September 2013

Sabar itu indah

Alhamdulillah ya Allah alhamdulillah!

kini, fasa kedua dalam hidupku akan bermula tidak lama lagi. Pergi menuntut ilmu di negeri orang memang sesuatu yang diriku ini idamkan. Walau bukan ke bumi Anbiya' yang telah ku nantikan sejak dahulu lagi, namun ku kembali pada matlamat sebenar apa yang ingin aku lakukan sebenarnya dalam hidup ini selepas meraih ijazah. Setelah ku semak semula sebab dan segala nawaitu, lantas ku temui jawapannya. Jangan disebabkan ta'asub untuk ke suatu tempat hingga ia mengaburkan mata ini dari melihat tempat tempat lain yang sama menyajikan ilmuNya. Lalu, ku redha.

Kini, selepas penat ku menanti jawapan dari pihak universiti, selepas melalui pelbagai peringkat dalam fasa penantian ini, alhamdulillah lagi 4 hari akan ku lanjutkan pelajaran ke universiti yang telah Dia pilihkan; University of Jordan. Selama penantian ini, hanya Dia yang mengerti betapa perit harus ku lalui. Betapa aku sering bergaduh dengan emosi dan perasaan sendiri. Pada suatu saat, ku hampir putus asa namun ku kuatkan tekad untuk terus jua menanti, kerana ku yakin akan janjiNya 'Fashabrun jameel'. ku terus menanti, walau terkadang ku hampir tewas dalam medan ini. Ku bekalkan diri dengan keyakinan yang tinggi bahawa apa apa yang berlaku semua adalah yang terbaik buatku, ku bekalkan jua dengan tawakkal dan redha. Tidak ku lupa berdoa, kerana ku percaya dan yakin akan mu'jizat dan 'the power of dua'. 

Alhamdulillah dan alhamdulillah semua bekalan ku cukup untuk memberiku kehidupan selama penantian ini. Kini memang benar janjinya, bahawa sabar itu indah. Ya, memang sabar itu indah. Bukan masalah berapa lama kita menanti, tapi persoalannya sikap kita selama penantian itu. Selagimana ada kesabaran dalam penantian itu, pasti dan pasti buahnya akan menjadi indah. :)
Wallahu A'lam.

Diriku yang lemah dan kerdil ini memohon kalian untuk doakan diriku dan teman teman seperjuangan supaya diberi kekuatan dan bermujahadah terus dalam menuntut ilmu. Dan dapat menjadi seseorang yang bermanfat untuk agama dan masyarakat. In syaa Allah. Amin!

Sunday 8 September 2013

Penantian


Berjalan ku menyusuri danau
ku lihat cekalnya si ibu menanti anaknya
walau terpaksa bersengkang mata
tapi,
itulah penantian yang setia.

Berjalan lagi ku menyusuri desa
ku lihat si manusia 
yang sentiasa tergopoh gapah
tanpa ada rasa sabar 
jauh di hatinya.

Ku bingung 
melihat reaksi yang berbeza
namun dengan tajuk yang sama
iaitu sabar dalam suatu penantian.

Pada tika itu ku tidak mengerti
akan semua ini
yang pernah diajari hanyalah
penantian itu suatu penyeksaan.

Namun
kini aku terpaksa melaluinya
kini benar kata mereka
peritnya dalam menanti
sakitnya dalam tempoh itu
untuk terus berpegang
pada sesuatu yang belum pasti.
Namun
ku juga mengerti
mengapa si ibu sanggup menanti
kerna kasih dan sayangnya
pada si anak itu
walau pedih dalam saat menanti.

Ku cuba menjadi
kuat setegar karang
dalam menempuh tempoh ini
Tetapi
kadang ku lemah liar merana
menahan siksa nya penantian ini.

Hanya padaMu tempat ku munajat
minta kekuatan
agar dapat terus bersabar
dalam penantian
yang belum pasti menjanjikan
kebahagiaan.