Tuesday 10 November 2015

kecewa

menyesal? oh pasti tidak. kau ulangi kesilapan itu lagi, manakan masih engkau rasa menyesal? dibiarkan aku sendiri di lorong sepi ditemani kegelapan malam. bukan engkau peduli. jalan terus tanpa henti seakan aku ini bayang-bayang, bila malam datang hilang bayang itu. kecewa aku dengan perubahanmu. kecewa kerana aku letakkan harapanku setinggi langit padamu. tergamak engkau biar aku jatuh. sedangkan katamu sebelum ini bagai tangan yang selalu menyambutku bila aku hampir tergelincir. aku masih berkhayal. atau sebenarnya ini sebuah realiti? ah tidak! harapanku biar ia satu buaian mimpi yang kembali indah bila pagi menyapa. tak sanggup aku melihat engkau pergi. seakan diri ini tidak lagi engkau hargai. Oh Tuhan. jangan biar aku sendiri. dakaplah aku dengan kasihMu. sungguh aku hina tanpaMu.