Sunday 26 May 2013

Dosa-dosa semalam

Bismillahirrahmanirrahim

Segala syukur pada Allah yang telah memberiku kesempatan untuk melakukan kebaikan pada hari ini dan juga bertaubat padaNya dari segala dosa dosa semalam.

Semua pasti ada masa silam masing-masing. Sebelum kita menjadi baik, mesti ada masa silam. semua yang baik pasti ada masa silam. Sebab itu jangan pernah pandang rendah pada orang yang 'belum baik' kerana mana tahu, Allah lebih menyayanginya dan menjadikannya lebih baik dan mulia dari kita sekarang. Allahu Musta'an.

Saya sendiri tidak suka bila orang mengungkit kisah silam saya. Pada saya, tengoklah saya pada diri saya yang sekarang. Tidak adil rasanya untuk menghukum saya atas masa silam saya. Biar masa silam itu jadi satu pengajaran dalam diri. Itu pendapat saya. Pendapat saya bila saya belum menemui orang yang sama mempunyai masa silam juga.

 Kemudiannya saya ditemukan Allah dengan sesorang yang mempunyai masa silam. Dan kebetulan ia ada berkenaan dengan teman rapat saya. Allahu~ memang dugaan ini. Saya tetapkan pendirian saya. Macam mana saya taknak orang buat dekat saya, saya cuba untuk tidak buat pada orang lain. Saya lihat semua orang termasuk dirinya dalam keadaan dirinya yang sekarang dan bukan masa lalunya. Saya juga tidak mahu tahu mengenai masa silamnya sebab saya tahu bila saya ambil tahu mengenai masa silamnya saya punya persepsi mengenainya boleh berubah. Dan tanpa saya sengaja saya terambil tahu mengenai masa silamnya. Dan seperti yang telah saya sendiri jangkakan, persepsi saya mengenainya berubah. Saya rasa bersalah sangat. Saya faham perasaannya bila saya mula menghukumnya dengan masa silamnya. Tidak adil untuk dirinya. Saya faham sangat. Tapi, saya khuatir kalau saya terjatuh didalam lubang yang sama dua kali. Saya selalu berhati-hati menjaga hati saya. Saya takut jika sejarah dulu berulang semula. Itu sahaja. Bukan maksud saya untuk menghukumnya dengan masa lalunya. Langsung tidak. Cuma kelemahan saya, saya susah hendak percaya orang lagi selepas apa yang sudah berlaku pada diri saya. Allahu Musta'an. 

Saya benar benar tersempit didalam keadaan ini. Saya tahu perasaannya bila menghukum seseorang dengan masa silamnya. Tapi saya juga takut hati saya disakiti lagi. keputusan yang saya buat bukan untuk menghukum dirinya sebagai jahat tetapi lebih kepada menjaga hati saya dari sebarang kelukaan. Jujur saya kata, dia seorang yang baik. Cuma sukar bagi saya untuk menerimanya selepas mendapat tahu apa yang dia buat paa teman rapat saya. Tidak mengapalah, mungkin sahaja keputusan ini yang terbaik untuk diri saya dan dirinya. Supaya masing masing dapat lebih mendekatkan diri pada Allah dan penuhi hati kita dengan rasa cinta padaNya dahulu. Kalau benar dia jodoh saya, moga kami dipertemukan dalam keadaan yang terbaik untuk diri masing masing. 

Tidak mengapa la, tak usah fikir mengenai jodoh buat masa sekarang, biar sibukkan diri dengan meraih cintaNya dahulu. Belajar dahulu. Berbakti pada ibubapa dahulu. Sibuk fikirkan untuk mati dlaam keadaan islam. Mengapa saya katakan begitu? Sebab jodoh itu sudah dijanjikan Allah. Walau terpisah diantara dua benua pun, kalau da jodoh pasti bertemu. Tapi maut? Suatu yang pasti yang kita sendiri tidak tahu bila. Lebih baik kita sibukkan diri dengan kebaikan supaya kita dapat meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Amin

Ya Allah peliharalah hati dan iman kami. Jangan sampai kami terjatuh ke dalam kancah kema'siatan. Ya Allah, moga cinta ini dapat diberikan kepada yang selayaknya. Ya Allah Engkau Maha Mengetahui siapa jodohku. ku serahkan padaMu ya Allah. Amin.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri. Allahu Musta'an.