Monday 26 August 2013

Didiklah anak anak kita.

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi, saya sedang tgk tgk facebook. Keluar satu video mengenai chemical weapon used in Syria. Saya click dan tengok. Ya Allah, video selama 9 minit tu mampu mengalirkan airmata saya. Deras sangat airmata saya mengalir. Ya Allah, melihat wajah anak anak kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa kezaliman mereka yang la3natullah. Saya terfikir, bagaimana saya boleh membantu mereka. Kalau hendak ke Syria, dan angkat senjata lawan, memang saya tak mampu. Kena inject sikit saja da boleh menangis melalak. Apa lagi nak bertarung. Aduhhh, memang saya mengaku lemah. Lalu, saya fikir kan alternatif yang boleh saya buat untuk membantu mereka yang di Syria, Mesir, Palestin dan senang kata untuk membantu Islam.

Dari pemerhatian saya, banyak anak kecil yang menjadi mangsa dalam kezaliman ini. Mereka yang terlalu lemah untuk melawan arus kejahatan seringkali menjadi tarikan untuk si musuh. Kali ini, yang di Syria, mereka bukan membunuh menggunakan pistol atau senjata, tetapi menggunakan bahan kimia yang memang tak boleh dielak. Sebab semua menghirup udara yang sama. Dan kalau udara tu sudah dicemuri dengan bahan kimia, pasti tidak ada satu yang terlepas. Memang bijak taktik yang digunakan musuh. Tapi, kita harus lagi bijak memikirkan cara untuk menentang mereka.

Salah satu idea yang saya ada ialah memandangkan ramai anak kecil yang menjadi mangsa, ini menunjukkan mereka ingin menghapuskan islam dari dasar nya, iaitu mereka yang kecil. Kerana jika mereka menghapuskan org islam dari yang sudah berusia, pasti yang anak kecil bila da besar nanti akan menentang membela nasib mereka. Jadi untuk mengelakkan ini, mereka bunuh anak kecil. Nampak tak, apa yang kita sebagai muslim/ah di singapura dan di negeri negeri yang aman yang lain harus lakukan? Kita semestinya harus mengambil berat mengenai didikan anak anak kita. Supaya mereka sudah besar nanti dapat membentuk masyarakat islam yang lebih kuat supaya dapat sama sama menentang musuh. Mungkin anak kecil di Syria tidak dapat menuntut hak mereka, tetapi jika kita mendidik anak kita dengan didikan islam yang sewajarnya, kelak mereka akan membentuk masyarakat islam yang ditakuti musuh dan akhirnya dapat menuntut hak kita yang telah dicabuli. Ini mungkin mengambil masa, tapi impaknya sangat besar. Kalau boleh saya katakan, sekarang islam mungkin sedang jatuh, tapi pasti saya yakin, islam akan naik semula suatu hari nanti. Dan mungkin islam akan bangkit waktu generasi anak anak kita atas usaha didikan kita pada mereka. In syaa Allah Amin! Saya yakin dengan janji Allah, kita pasti dan pasti dapat menjulang panji kemenangan Islam semula! Allahu Akbar!

In syaa Allah ini idea yang saya ada, yang saya bentangkan. Moga ia nya bermanfaat. Sama sama kita menbentuk generasi yang dapat menjulang kemenangan bagi Islam. Bagi para wanita, jangan pernah kata, kita tidak perlu belajar tinggi tinggi dan sebagainya. Saya sanggah pendapat ini seratus peratus.  Bukan kerana kerjaya kita menuntut ilmu, tapi fikir lah, kita yang bakal menjadi ibu pada seorang syabab yang akan menaikkan nama islam. Rumah itulah sekolah pertama mereka, kalau kita sendiri tiada ilmu, bagaimana kita ingin mendidik mereka. Fikir-fikirkanlah.... berkahwin bukan hanya suka suka, tetapi tanggungjawab yang besar yang kita sedang pikul, iaitu membentuk islam yang akan datang.....

Semua yang baik dari Allah dan semua yang salah dari kelemahan diri sendiri. Allahu A3alam.

No comments:

Post a Comment