Thursday 25 June 2015

Tersedar aku kini dari lena

Bismillahirrahmanirrahim



Mungkin aku dilihatkan sebagai lembab, terkial kial mencari erti kehidupan yang sebenar yang baru kini aku temui. Sedang teman lain sudah pun berada di genggaman visi dan misi mereka dalam perjuangan, aku setelah dua tahun menuntut di universiti baru kutemui semua itu, Ah... sungguh terlambat. Benar benar aku ketinggalan. Ya Allah... Kini masa terasa sangat suntuk untuk aku melakukan apa apa pun. Terpaksa aku berlari mengejar mereka yang sudah lama dihadapan. Pelajaran yang dahulunya dibelajar hanya untuk imtihan, baru kini aku rasa peri pentingnya ia: belajar untuk Allah bukan imtihan. Bila kita ikhlas belajar, Allah akan mudahkan semua jalannya. Baru kini aku mengerti makna:

 "kejarlah Allah, nescaya dunia dan seluruh isinya akan mengejarmu."

Maka kejarlah Allah, nescaya result, perkara dunia semua akan mengejarmu, seakan akan ingin berbakti pada si penuntut ilmu yang ikhlas belajar untuk Tuhannya. Subhanallah. Selama ini yang aku cari baru kini kutemui. Oh permata dunia, mengapa sungguh lama kau menghilangkan diri. Pengajaran kehidupan yang baru kini aku temui setelah duduk bertafakkur. Sungguh benar kata kata yang pernah disampaikan kepadaku "duduk bertafakkur muhasabah diri itu lebih baik dari solat beribadah siang malam." 

Setelah aku disedarkan tentang pentingnya menuntut ilmu dengan ikhlas agar ilmu itu diberkati, aku disedarkan pula tentang pentingnya untuk kita menghafal ayat suci Allah agar ia sentiasa terpelihara. Janji Allah bahawa Al-quran itu diturunkan dan akan dijaga sehingga kiamat. Dan buktinya ialah ia sampai pada kita sehingga harini, melalui para sahabat, tabiin yang menghafal al-quran dan disemat terus didalam hati mereka, Bukan hanya al-quran itu dijaga di barisan kitabnya, tetapi juga dijaga melalui hati para ulama dan mereka yang menghafalnya. Oh sungguh indah bukan? Ingin juga aku menjadi antara mereka yang Al-quran itu dijaga melaluinya. Payah, tapi tak salah mencuba. Sudah 21 tahun hidup didunia ini, senaskah al-quran pun tak dapat dihafal. kalau nak dikirakan buku sains dan buku lain yang sibuk dihafal sepanjang 21 tahun tu boleh dikatakan lebih banyak dari helaian kitab Al-quran. Oh, tersentap bukan? begitulah aku. 

Mata hatiku terus diketuk, perlahan-lahan aku melihat sinaran yang selama ini ada cuma saja aku tutup mataku. Rugi. Mereka kata, "sejarah mungkin berulang." ya. tapi ingin ku habiskan ayat ini, 

"sejarah mungkin berulang kalau kita tidak ambil i'tibar atau pengajaran dari sejarah yang dulu." 
RUGI.

Ya, aku baru faham pentingnya sejarah itu. Sejarah naik turunnya daulah islamiah. Sejarah dunia yang sentiasa bergelojak dari World War I hingga ke Arab Revolution yang kini akan menjadi sejarah yang akan diceritakan oleh generasi masa hadapan. Kalau nak diikutkan zaman persekolahan dulu, sejarah merupakan subjek yang paling aku tidak gemari disebabkan banyak tarikh dan nama yang perlu diingat. Itu semua telah mengaburkan mataku dari melihat betapa pentingnya sejarah itu supaya generasi sekarang dapat mengikuti jejak mereka seperti bagaimana terbentuknya shakhsiah Muhammad Al-Fateh sehingga dia berjaya menakluki kota konstantinopale, dan menjadi pengajaran pula tentang kehidupan sesetengah khalifah yang asyik berfoya hingga jatuh lingkupnya sesebuah daulah itu. Semua itu penting untuk membentuk generasi muda yang bervisi ummatik. Bukan yang asyik terlena dengan buaian cinta. Moga dengan itu dapat terlahirnya lebih banyak 'Al-Fateh' perjuangan dengan fizikal dan lebih banyak 'Bediuzzaman Said Nursi' yang perjuangannya menggunakan pena. Sesungguhnya dunia sekarang adalah dunia yang bertarung kekuatan menggunakan pena. Allahu Mustaan.

Semakin difikirkan tentang kejadian dunia yang semakin tonggang terbalik, ditambah lagi dengan shakhsiah generasi muda ini, semakin aku fikir bahawa tiada lagi masa untuk bermain dan berfoya. YA. kita semua ada peranan didunia ini. takkan ibumu melahirkanmu dengan penuh kesusahan tapi untuk engkau hidup berfoya saja? Oh tidak sesekali... ia lebih dari itu. ENGKAU, AKU, DIA, MEREKA, oh mudah kata, KITA SEMUA ada peranan di muka bumi ini. Biar kita yang muda belaka ini bersatu untuk mencipta perubahan. fikirkanlah..

Moga Allah redha. Ameen.