Thursday 22 August 2013

Ku terluka lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanpa ku duga, air mata jatuh berlinangan. Sekali lagi ku terluka. Namun, luka ku kali ini seakan mengajarku untuk tidak bergantung harap pada sesiapa lagi. Walau diri sendiri, kerna ku tahu ianya hanya akan membuahkan kekecewaan yang akan mengganggu diriku. Tidak pernah niat ku untuk menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, kerna ku tahu semuanya berpunca dari diriku sendiri. Andai sahaja aku membina pagar yang lebih tinggi dan tegap keliling hati dan imanku, pasti tidak akan dicerobohi oleh sesiapa yang tidak selayaknya. Andai sahaja aku menjaga hati dan imanku seperti permata yang dijaga rapi oleh si batu karang, pasti hatiku tidak akan terluka.

Sudah beribu kali dipesan jangan pernah bermain dengan api, kerna khuatiri akan membakar diri sendiri. Kini, salah diri sendiri yang memasuki lingkaran yang dipenuhi api, masakan tidak terbakar seluruh tubuh ini? Kadang ku bertanya, apakah yang buatku mudah dipermainkan. Mudah sahaja jawapannya, kerna diriku terlalu mudah untuk memberi. Memberi sesuatu kepada yang tidak sepatutnya. Memberi hatiku di tangan lelaki yang hanya ingin mempermainkan wanita yang lemah sepertiku ini. Sudah di bilang kerap kali, jangan mengharap pada sesuatu yang tidak pasti. Biar duduk dahulu baru berlunjur. Kan, sudah kecewa bagai tidak bisa diubati. Sakitnya, hanya Tuhan Yang Mengerti.

Terkadang ku mengeluh, mengapa harus aku di dalam situasi ini. Tapi kemudian ku mengerti, Tuhan ingin mengajarku untuk tidak mudah memberi. Aku harus kuat. Aku harus bina perisai yang kuat dan teguh disekeliling hati dan imanku. Kali ni ku berjanji, tidak akan semudahnya ku dikhianati. Tidak akan semudahnya ku diguna lagi.

Ya Allah, hamba yang lemah, yang acap kali alpa, bersamalah hamba melayari kehidupaan yang tiada henti dugaannya. Hanya Engkau sumber kekuatanku. Dampingilah hamba walau ku sedar ku tidak layak mendapat layanan istimewa ini. Ampunkan daku ya Allah. Ampunkan daku.

No comments:

Post a Comment