Friday 13 December 2013

Airmata taubat





ku idam kedamaian
dari airmata taubat
tanda keinsafan
untuk kesilapan yang tak pernah tamat.

ya RABB
yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
cahayailah hati ini
dengan sinaran CintaMu.
aku tahu,
aku sering tersilap
kerana terlalu alpa akan keduniaan
yang tak pernah memberi ketenangan.

kini ku sedar
ku mohon Engkau siramilah 
cahaya keinsafan pada hati ini
moga ia tidak pernah gelap
kerana titik noktah yang sering ku lakukan.

Hanya Engkau Tempat ku berharap
Ya Rabb
CintaMu dan RahmatMu
yang ku damba.

Sunday 3 November 2013

Rihlah keliling Urdun

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa baraktuh,

Alhamdulillah minggu lepas aku dan teman teman cuti eid seminggu, lalu kami memanfaatkannya untuk menerokai dan mengelilingi Urdun ini. Pada malam raya, kami berkesempatan untuk menziarahi dan menetap satu malam di Ramtha, luar dari Amman dan mengambil masa selama hampir dua jam untuk kesana. Kami pun menaiki van untuk kesana. Niat kesana adalah untuk menziarahi kampung ustaz kami yang mengajar di Singapura dan menetap di kampung nya. Ma syaa Allah pengalaman baru yang kami perolehi. Meraikan malam raya di Ramtha, cara mereka menyambut. Di rumah yang mempunyai 3 tingkat itu, semuanya ditinggal oleh kaum kerabat mereka juga. Jadi nya bila ada tetamu asing datang ke rumah mereka, satu 'kampung' datang menyambut kami. Kecoh di halaman rumah mereka. Semua menyambut mesra kedatangan kami. Tambahan lagi, orang arab ni memang terkenal lah dengan banyak anak anak kecil. Bertambah indah lagi suasana malam itu. Bunyi tawa kanak kanak. Indah sangat. Namun, kami diberitahu juga ada seorang budak lelaki yang tidak boleh cakap dan juga tidak boleh mendengar. Lalu kami pun berhubung dengannya melalui tulisan. Ma sya Allah seorang anak yang sangat cerdik. Walaupun kekurangan dapat kami lihat dari mata kasar, tetapi sebenarnya kehebatan dan kecerdikannya hanya dapat dilihat dengan mata hati yang tidak buta. Melihat anak ini, memberi aku kesedaran akan apakah yang aku lakukan dengan kenikmatan yang telah Allah kurniakan. Boleh sahaja untukNya mengambil semula. Tapi persoalannya adakah aku menggunkanya di jalan yang sebenarnya sehinggakan aku layak untuk meminjamnya? Ya Allah kau gunakanlah pacaindera ku untuk lebih dekatkan aku padaMu ya Allah, Amin.

















Kemudian pada pagi raya, kami semua berkesempatan untuk menunaikan solat eid di Ramtha di masjidnya: Masjid Rahmah. Rupanya pakcik kepada ustaz kami yang mendirikan masjid itu. Lalu diberi nama bersempena nama anaknya; Rahmah. Dan juga takbir di Urdun berbeza dengan takbir di Singapura. Kalau di Singapura takbirnya lebih bernada sedih penuh keinsafan. Namun di Urdun, ianya mempunyai nada seakan pergi berjihad. Lebih bersemangat.Ma syaa Allah! Kami pelajar Singapura bersepakat untuk memakai baju tradisional kami; baju kurung untuk pergi beraya di Ramtha. Setelah solat eid, kami pun dijamu sarapan pagi cara orang sana. hmmm, yang aku makan hanyalah roti dengan kentang goreng sahaja sebab yang lainnya pelik untuk tekakku hehe. Kemudian setelah itu, kami pun menyaksikan sembelih kambing 'live' dihalaman rumahnya. Dari seekor kambing terus kepada daging yang boleh dimakan. Semuanya kami dapat nampak 'live' alhamdulillah! Lewat tengahari pula kami pergi menziarahi jiran dan saudara mara mereka. Memang besar sungguh kaum kerabat mereka. Penat dibuatnya. Dan adat orang sana, ziarah paling lama hanayalah 15 minit dan tetamu akan disajikan dengan manis-manisan mereka dan kopi arab. Ziarah menziarahi itu mengambil masa hingga maghrib.



Selepas maghrib, aku dan temanku pun pergi ke Irbid namun ada yang terus pulang ke Amman. Kami menginap di Irbid untuk dua malam. Irbid itu lebih kecil dari Amman. Dia lebih seperti kampung. Tetapi orang yang tinggal disana terlalu ramai, kerana dikatakan ramai pendatang dari Syria datang dan mencari perlindungan di sana. Turun sahaja ke bawah rumah mereka, terus sekelompok manusia datang seakan menyerbu padahal bagi mereka itu sudah menjadi satu kebiasaan. Jalan sentiasa sesak. Mungkin kerana tempatnya kecil tetapi ramai penduduk. Banyak juga kanak kanak Syria disana. Aku diberitahu mereka seakan sudah putus asa untuk belajar sebab itu mereka boleh dilihat merata rata meronda tanpa sebab. Kasihan aku melihat keadaan mereka. Dan juga keadaan di Irbid lebih bising dan huru hara dari Amman. Mungkin namanya pun Amman jadi tempatnya pun aman la kan? hehe. Alhamdulillah selama penginapan ku di Irbid ia banyak mengajar ku erti kesyukuran, untuk sentiasa bersyukur atas apa yang kita perolehi. Biar sedikit asal penuh keberkatan. Itu yang penting. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Dan juga pada malam raya yang kedua, kami dibawa pergi beraya di Irbid. Semua pelajar Singapura berkumpul dan sama sama beraya. Dapat juga rasa mee soto walau di perantauan. Alhamdulillah!







Pada hari raya yang ketiga, kami dibawa pergi mengelilingi Urdun. Tempat pertama ialah gua ashabul kahfi. Mereka yang tidur selama 300 tahun di dalam gua yang mana mereka sebenarnya lari dari raja yang zalim tapi atas kuasa Allah mereka tertidur 300 tahun lamanya. Ada juga disebut di dalam surah kahfi yamg dibaca pada setiap hari Jumaat. Ma syaa Allah pada saat itu memang tak boleh percaya yang aku berada di tempat yang mana aku sering mengaguminya saat membaca Al-Quran.













Kemudiannya, kami terus ke maqam Nabi Shuaib alaihissalam. Ma syaa Allah dikatakan bahawa Nabi Shuaib sepanjang 4m. Ma syaa Alla tinggi tu! Dalam perjalanan kami melalui wadi Shuaib. Wadi itu seperti sebuah gaung besar yang tiada orang disitu. Seram! Bila bus rehlah kami jalan betul betul tepi gaung itu. Dada berdegup kencang sahaja pada saat itu. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat pulang. Mungkin sahaja wadi itu adalah tempat atau kota Nabi Shuaib tinggal, wAllahu A'lam. Tapi kalau benar, memang ma syaa Allah besar sungguh! Namun, kaum Nabi Shuaib diseksa dengan lemparan bola api dari langit ke atas mereka kerana enggan beriman dengan ajaran yang dibawa Nabi Shuaib. Dan juga Nabi Shuaib adalah bapa mertua kepada Nabi Musa alaihumassalam.












Dan tempat terakhir yang kami ziarah ialah Laut Mati ataupun dikenali sebagai Dead Sea. Yang mana airnya mempunyai kadar garam yang sangat tinggi dan dikatakan boleh menjadi sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Berhadapan sahaja dengan Laut Mati itu, boleh dilihat bahagian negeri Palestine yang diduduki oleh Israel. Bila malam hari sahaja, boleh nampak 'streetlights' di situ yang menandakan adanya penduduk disitu. Kami disitu dari petang hingga ke malam dan dapat menyaksikan sendiri matahari terbenam dan bulan penuh. ma syaa Allah sangat indah, Suatu pengalaman yang sangat sangat berharga buat diri ini. Sejarah laut mati pula ialah dimana kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosexual diazab dengan diterbalikkan kota mereka dan jadilah laut mati yang membawa manfaat kepada manusia sebagai suatu penawar alternatif.









Alhamdulillah alhamdulillah dan alhamdulillah atas peluang yang diberi untuk menjelajah negeri Urdun ini. Lebih jauh kita berjalan di Bumi Allah, lebih banyak keindahan dan lebih membuka mata kita melihat keagungan Allah subhanahu wa ta3ala. Alhamdulillah :)

Wasalam.

Monday 14 October 2013

Eid Mubarak

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah tahun ini diri ini berpeluang untuk merasai raya haji di perantauan. Memang sangat manis melihat adat bangsa lain meraiknannya tapi juga sedih yang teramat bila mendengar takbir raya dan menyedari tiada keluarga disisi untuk sama sama menyambut raya. Kerana sudah menjadi satu kebiasaan bagi keluargaku untuk bertemu di rumah nenek dan mengeratkan lagi silaturrahmi diantara kami. Merasai rendan, ayam merah nenek. Diri ini rindu sangat. Ingin sahaja aku pulang ke Singapura namun ke sedari tanggungjawab ku dan amanah yang telah aku pikul ini, membuatku terus menetap dan kembali ke matlamat sebenar.

Bila sudah hidup di perantauan ini, baru kita sedar betapa pentingnya keluarga disisi. Penting sangat. Mereka lah sebenarnya tunggak kekuatan ita di dunia ini. Saat semua seakan menjatuhkan ita, hanya mereka sahaja yang akan terus berada disisi untuk menaikkan kembali semangat yang kadang kadang jatuh repuh. Umi, ayah, diri ini sangat merindukanmu. Ya Allah lindungilah mereka selalu di bawah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah amin.

Minggu yang lepas, ada serombongan jemaah haji di hadapan blok rumahku. Ma syaa Allah. Moga kita smeua dapat menjadi tetamuMu ya Allah. Amin!

Okayla, setakat disini post ku kali ini, in syaa Allah raya haji kali ini diriku dan teman teman akan sambut di Irbid. Mohon doanya ye, moga kami  terus cekal dalam menuntut ilmu. :)



Dari seseorang yang masih lagi dhaif dan masih lagi mencari sinar harapan dari Rabbnya agar terus terpandu dalam jalan kebenaran. Doa dari semua yang senantiasa dia dahagakan. Cinta Rabb nya yang masih lagi jauh terkapai dia mencari. Moga diri ini sentiasa mendapat redhaNya dan naungan kasihNya. Amin.

Wednesday 2 October 2013

Bumi Syam

Bismillahirrahmanirrahim,






Hari ini sudah masuk seminggu diri ini berada di Bumi Syam. Bumi yang pernah dijejaki Rasulullah sallallahu 3alaihi wasallam. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Suasana disini sangat sangat memikat hatiku. Walau tidak secanggih tanah air ku, namun ia cukup membahgaiakan ku untuk bangun setiap hari dan melalui hari hari ku disini. Azan akan sentiasa berkumandang disana sini. Takkan pernah pun satu waktu yang berlalu tanpa dapat kita mendengar bunyi azan. Ma sya Allah sangat. Sehinggakan berada di mall pun, azan tetap berkumandang. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.



 Nasi Mandi Ayam

 Pemandangan disekitar kawasan rumah

 City Mall

 Masjid Universiti


 Tempat aku menuntut ilmu





Tak berhenti setakat di tempatnya sahaja, malah warganya juga amat memikat hati ini, Cara mereka melayani tetamu, cara mereka memberi salam kepada sesiapa saja yang lalu depan mereka walaupun tanpa mengenalinya. Ma syaa Allah, mereka benar benar melakukan ajaran Rasulullah sallallahu 3alaihi wasallam. Melalui salam yang dihulurkan itulah, kita saling kenal mengenali. Saling melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja. Memang benar benar hatiku mula untuk mencintai bumi Syam ini.

Selang beberapa hari aku disini, aku menerima khabar yang sedikit mengganggu hati ini. Khabar bahwa pelajar pelajar yang ingin ke Mesir, akan diteruskan. Pada mulanya, aku benar benar tersentap. Tiada kata yang mampu untuk dibicarakan. Segalanya terkunci mati. Terduduku terdiam lesu. Memang sukar untuk meneima kenyataan ini, apatah lagi memang hati ni da terpaut dengan Mesir sekian lamanya. Seringkali dikatakan, bahawa mereka yang ke Mesir adalah mereka yang benar benar terpilih, mereka yang benar benar ingin ke sana. Mereka yang benar benar mempunyai hati yang cekal yang layak untuk ke Mesir. Terasa diriku seorang yang gagal, Gagal untuk terus bersabar menanti, gagal untuk segalanya. Namun, teman temanku banyak membangkitkan kemabli semangat yang sudah hampir rapuh. Mungkin kata manusia, hanya yang terpilih sahaja untuk ke Mesir, tetapi kata Allah, aku di Jordan. Sesuatu yang lebih tinggi dan mulia dari kata kata manusia. Aku pun mula memujuk hati ini untuk terus cekal dan bersabar dan mula redha dengan segala ketentuanNya. Doa sering ku panjatkan untuk melembutkan hatiku agar terus redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Perlahan-lahan Allah letakkan rasa sayang ini pada Bumi Syam. Perlahan lahan, aku mula redha dengan ketentuanNya. Namun dalam keredhaan ini, masih ku sematkan rasa rindu pada Mesir, Rasa cinta pada Mesir. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengetahui. Duhai Mesir, aku pasti satu hari nanti, jodohku akan disana in syaa Allah Amin! Namun,

 Wahai Bumi Syam, aku sudah mula jatuh cinta padamu. 


Bumi Syam