Sunday 3 November 2013

Rihlah keliling Urdun

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa baraktuh,

Alhamdulillah minggu lepas aku dan teman teman cuti eid seminggu, lalu kami memanfaatkannya untuk menerokai dan mengelilingi Urdun ini. Pada malam raya, kami berkesempatan untuk menziarahi dan menetap satu malam di Ramtha, luar dari Amman dan mengambil masa selama hampir dua jam untuk kesana. Kami pun menaiki van untuk kesana. Niat kesana adalah untuk menziarahi kampung ustaz kami yang mengajar di Singapura dan menetap di kampung nya. Ma syaa Allah pengalaman baru yang kami perolehi. Meraikan malam raya di Ramtha, cara mereka menyambut. Di rumah yang mempunyai 3 tingkat itu, semuanya ditinggal oleh kaum kerabat mereka juga. Jadi nya bila ada tetamu asing datang ke rumah mereka, satu 'kampung' datang menyambut kami. Kecoh di halaman rumah mereka. Semua menyambut mesra kedatangan kami. Tambahan lagi, orang arab ni memang terkenal lah dengan banyak anak anak kecil. Bertambah indah lagi suasana malam itu. Bunyi tawa kanak kanak. Indah sangat. Namun, kami diberitahu juga ada seorang budak lelaki yang tidak boleh cakap dan juga tidak boleh mendengar. Lalu kami pun berhubung dengannya melalui tulisan. Ma sya Allah seorang anak yang sangat cerdik. Walaupun kekurangan dapat kami lihat dari mata kasar, tetapi sebenarnya kehebatan dan kecerdikannya hanya dapat dilihat dengan mata hati yang tidak buta. Melihat anak ini, memberi aku kesedaran akan apakah yang aku lakukan dengan kenikmatan yang telah Allah kurniakan. Boleh sahaja untukNya mengambil semula. Tapi persoalannya adakah aku menggunkanya di jalan yang sebenarnya sehinggakan aku layak untuk meminjamnya? Ya Allah kau gunakanlah pacaindera ku untuk lebih dekatkan aku padaMu ya Allah, Amin.

















Kemudian pada pagi raya, kami semua berkesempatan untuk menunaikan solat eid di Ramtha di masjidnya: Masjid Rahmah. Rupanya pakcik kepada ustaz kami yang mendirikan masjid itu. Lalu diberi nama bersempena nama anaknya; Rahmah. Dan juga takbir di Urdun berbeza dengan takbir di Singapura. Kalau di Singapura takbirnya lebih bernada sedih penuh keinsafan. Namun di Urdun, ianya mempunyai nada seakan pergi berjihad. Lebih bersemangat.Ma syaa Allah! Kami pelajar Singapura bersepakat untuk memakai baju tradisional kami; baju kurung untuk pergi beraya di Ramtha. Setelah solat eid, kami pun dijamu sarapan pagi cara orang sana. hmmm, yang aku makan hanyalah roti dengan kentang goreng sahaja sebab yang lainnya pelik untuk tekakku hehe. Kemudian setelah itu, kami pun menyaksikan sembelih kambing 'live' dihalaman rumahnya. Dari seekor kambing terus kepada daging yang boleh dimakan. Semuanya kami dapat nampak 'live' alhamdulillah! Lewat tengahari pula kami pergi menziarahi jiran dan saudara mara mereka. Memang besar sungguh kaum kerabat mereka. Penat dibuatnya. Dan adat orang sana, ziarah paling lama hanayalah 15 minit dan tetamu akan disajikan dengan manis-manisan mereka dan kopi arab. Ziarah menziarahi itu mengambil masa hingga maghrib.



Selepas maghrib, aku dan temanku pun pergi ke Irbid namun ada yang terus pulang ke Amman. Kami menginap di Irbid untuk dua malam. Irbid itu lebih kecil dari Amman. Dia lebih seperti kampung. Tetapi orang yang tinggal disana terlalu ramai, kerana dikatakan ramai pendatang dari Syria datang dan mencari perlindungan di sana. Turun sahaja ke bawah rumah mereka, terus sekelompok manusia datang seakan menyerbu padahal bagi mereka itu sudah menjadi satu kebiasaan. Jalan sentiasa sesak. Mungkin kerana tempatnya kecil tetapi ramai penduduk. Banyak juga kanak kanak Syria disana. Aku diberitahu mereka seakan sudah putus asa untuk belajar sebab itu mereka boleh dilihat merata rata meronda tanpa sebab. Kasihan aku melihat keadaan mereka. Dan juga keadaan di Irbid lebih bising dan huru hara dari Amman. Mungkin namanya pun Amman jadi tempatnya pun aman la kan? hehe. Alhamdulillah selama penginapan ku di Irbid ia banyak mengajar ku erti kesyukuran, untuk sentiasa bersyukur atas apa yang kita perolehi. Biar sedikit asal penuh keberkatan. Itu yang penting. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Dan juga pada malam raya yang kedua, kami dibawa pergi beraya di Irbid. Semua pelajar Singapura berkumpul dan sama sama beraya. Dapat juga rasa mee soto walau di perantauan. Alhamdulillah!







Pada hari raya yang ketiga, kami dibawa pergi mengelilingi Urdun. Tempat pertama ialah gua ashabul kahfi. Mereka yang tidur selama 300 tahun di dalam gua yang mana mereka sebenarnya lari dari raja yang zalim tapi atas kuasa Allah mereka tertidur 300 tahun lamanya. Ada juga disebut di dalam surah kahfi yamg dibaca pada setiap hari Jumaat. Ma syaa Allah pada saat itu memang tak boleh percaya yang aku berada di tempat yang mana aku sering mengaguminya saat membaca Al-Quran.













Kemudiannya, kami terus ke maqam Nabi Shuaib alaihissalam. Ma syaa Allah dikatakan bahawa Nabi Shuaib sepanjang 4m. Ma syaa Alla tinggi tu! Dalam perjalanan kami melalui wadi Shuaib. Wadi itu seperti sebuah gaung besar yang tiada orang disitu. Seram! Bila bus rehlah kami jalan betul betul tepi gaung itu. Dada berdegup kencang sahaja pada saat itu. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat pulang. Mungkin sahaja wadi itu adalah tempat atau kota Nabi Shuaib tinggal, wAllahu A'lam. Tapi kalau benar, memang ma syaa Allah besar sungguh! Namun, kaum Nabi Shuaib diseksa dengan lemparan bola api dari langit ke atas mereka kerana enggan beriman dengan ajaran yang dibawa Nabi Shuaib. Dan juga Nabi Shuaib adalah bapa mertua kepada Nabi Musa alaihumassalam.












Dan tempat terakhir yang kami ziarah ialah Laut Mati ataupun dikenali sebagai Dead Sea. Yang mana airnya mempunyai kadar garam yang sangat tinggi dan dikatakan boleh menjadi sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Berhadapan sahaja dengan Laut Mati itu, boleh dilihat bahagian negeri Palestine yang diduduki oleh Israel. Bila malam hari sahaja, boleh nampak 'streetlights' di situ yang menandakan adanya penduduk disitu. Kami disitu dari petang hingga ke malam dan dapat menyaksikan sendiri matahari terbenam dan bulan penuh. ma syaa Allah sangat indah, Suatu pengalaman yang sangat sangat berharga buat diri ini. Sejarah laut mati pula ialah dimana kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosexual diazab dengan diterbalikkan kota mereka dan jadilah laut mati yang membawa manfaat kepada manusia sebagai suatu penawar alternatif.









Alhamdulillah alhamdulillah dan alhamdulillah atas peluang yang diberi untuk menjelajah negeri Urdun ini. Lebih jauh kita berjalan di Bumi Allah, lebih banyak keindahan dan lebih membuka mata kita melihat keagungan Allah subhanahu wa ta3ala. Alhamdulillah :)

Wasalam.