Monday 29 July 2013

Tatkala dahi mengenai lantai

Bismillahirrahmanirrahim.

Suatu malam sedang daku duduk di atas tikar sejadah, menginsafi segala apa yang telah ku lakukan, tanpa diminta, airmata deras mengalir. Mengalir tanpa henti. Mengingatkan dosa silam yang terlalu banyak hingga menyukarkan diriku sendiri untuk memikulnya. Mengingatkan azab neraka yang menanti jika diri ini tidak bertaubat makin melajukan lagi derasan airmata ini.

Malam itu, penuh keheningan, tiada perasaan dapat ku gambarkan. Tatkala dahi mengenai lantai. Sujud ku kali ini terasa seribu kali lebih bermakna. Suatu perasaan yang tidak kurasai sebelum ini. Sujudku dahulu hanyalah sebuah gerakan tanpa emosi. Tapi malam ini, kali ini, diriku dapat rasakan betapa kerdilnya dan terlalu hinanya berada dihadapan Azza wajalla. Terlalu kecil. Tetapi mengapa kesombongan dalam diri masih menular? Mengapa? Sudah kau ketahui kau kecil, mengapa masih hendak berbongkak berjalan di bumiNya? Soalan yang bertalu talu ku tanya kan pada diri. Ya Allah, tangisan sahaja yang dapat ku bereaksi. Menyesal. Hampa dengan perlakuan diriku sebelum ini. Menyesal. Teramat menyesal.

Saat itu juga, diri ini berjanji untuk terus berubah. Aku tidak boleh lagi duduk di masa silam. Masa silam yang boleh mencampakku ke dalam api neraka. Aku tidak boleh! Aku harus berubah! Taubat nasuha segera diri ini lakukan. Tetapi masih lagi tidak ku rasa kecukupan. Masih terasa terlalu hina diri ini. Malam itu, andai sahaja airmata ku boleh menjadi lautan, sudah tentu telekung ku kebasahan. Airmata ku terasa bagai tiada henti malam itu. Ya Allah..

Wahai Tuhan, diri ku masih lagi belum jadi yang terbaik seperti yang telah kujanji dahulu. Diri ku masih lagi terus bergelumang dengan dosa. Tapi ku percaya, Tuhanku rahmatMu lebih luas dari kemurkaanMu. Ampunilah daku ya Allah. Ampunilah daku.. selamatkan lah aku dari azab kubur dan akhirat nanti. Akhirilah riwayat hidupku dalam keadaan husnul khotimah. Ya Allah, sepertimana yang telah Engkau jadikan hatiku suatu ketika dahulu suci bersih, kembalikanlah aku ke pangkuanMu dalam keadaan hati yang sama. Ya Allah padaMu ku memohon keampunan. Terimalah luahan hambaMu ini ya Allah. Ku percaya, Engkau ada selalu disisiku.

Ku pasti, ini yang terbaik buatku!

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiada keindahan yang dapat mengalahkan keindahan yang dicipta Allah. Tiada kegembiraan dapat menandingi kegembiraan bertemu denganNya di akhirat kelak. Tiada kesepian yang lebih dirasakan dari sepi tanpa rasa hangat cintaNya. Tiada hati yang tenang dapat digapai melainkan dengan selalu mengingatiNya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, yang mentadbir dunia dan seluruh isinya. Tiada tadbir dapat menyaingi takdir dan ketetapan yang telah direncanakanNya.
ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين.
Sesungguhnya kita merancang dan Allah jua merancang, dan Allah lah sebaik baik Perancang.

Tika diri ini pinta untuk diajari erti kesabaran, diberiNya dugaan untuk ditempuh. Dan tatkala diri kerdil ini minta ditunjukkan erti sebenar redha, diberi cubaan supaya diri ini mengerti. Mungkin sahaja apa yang diminta tidak ku dapati tetapi sesungguhnya lebih dari itu yang ku dapati.

Keinginan yang sangat mendalam untuk menuntut ilmu di bumi anbiya' mengajarku erti cinta kepada sebuah tempat yang belum ku jejaki. Mengajarkan ku erti rindu kepada ilmu dan pemberi ilmu yang belum kutemui. Selain itu, mengajarkan ku jua erti bersungguh sungguh untuk meraih apa yang kuingini dengan keredhaanNya.

Namun begitu, seperti yang telah diberitahuNya, sesungguhnya Dia lah yang Sebaik baik Perancang. Tatkala diri ini akur akan ayat sucinya حسبنا الله ونعم الوكيل. Yang bermaksud, hanya Engkau cukup bagi kami dan Engkaulah sebaik baik Pengatur rencana bagi kami. Ku akur, secara tidak langsung, diri ini seakan sudah mengangkat sumpah untuk redha dengan segala apa yang direncanakanNya. Namun, kelalaian diri dan lekanya diri kadangkala membuatku merungut akan sesuatu musibah yang berlaku. Kadang apa yang direncanakan tidak terjadi tetapi sebenarnya Allah sedang memberikan jalan yang lebih baik bagi diri ini. Cuma kejahilan diri dalam memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian membuatkan daku selalu merungut. Terkadang aku menangis. Ku tahu hati yang beriman tidak sepatut bereaksi sebegini, namun diri ku yang masih jahil terus menangis meratapi apa yang terjadi. Alhamdulillah, umi ayah yang selalu memujukku untuk kembali bangun. Usah meratapi tetapi sebaliknya mensyukuri kerana Allah sayang diri ini. Allah hendak yang terbaik buat daku. Allah hendak ajari diriku erti redha yang selama ni ku tercari cari. Allah hendak ajari daku erti kesabaran yang sering ku meraba di segenap penjuru mencari tiada henti. Allah mengajari ku lebih banyak dari luka yang satu yang ku rasa.

Ya Allah, penundaan ku untuk pergi ke bumi anbiya, banyak menunjuk ajarku erti kehidupan. Soal dalaman yang tidak dapat ku petik dari mana mana buku teks. Ku akur,kelemahan ku tidak dapat sesekali menandingi kekuasaanNya. Sebab itu, ku tunduk kembali kepada rencanaNya. Engkau Lebih Maha Mengetahui ya Tuhanku. Ku pasti, ini yang terbaik buatku! :')

Monday 1 July 2013

Orphanage


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah kerana diberi peluang utk berkhidmat kepada anak yatim. Pada hari khamis yang lepas (27 june 2013), saya dan teman-teman dari IBTASIM (a non-profit organization consist of 5 wak tanjong's almuni who do small programmes to help the society.) Alhamdulillah diberikan kesempatan utk buat aktiviti di Darul Ihsan libanat. Pada waktu diberitahu bahawa kami semua sudah diberikan slot utk melakukan aktiviti, pada mulanya ada teman saya yang agak keberatan utk melakukannya, sebab esok harinya kami ada pre-departure camp. Tetapi, kami alhamdulillah tekad untuk melakukannya. Kerana bukan selalu kita dapat berkhidmat utk anak yatim. Besar pahalanya. Selagi ada peluang, saya kata pada teman saya, jom kita ambil kesempatan ini. In syaa Allah Allah pasti tolong.
Walaupun agak last minute alhamdulillah kami dapat lakarkan plan yang lengkap bagi aktiviti yang ingin dilakukan selama dua jam.

Pada hari tersebut, kami berkumpul awal pagi kerana banyak juga benda belum settle. Seram juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah kerana sudah ditanamkan niat yang baik, Allah bantu permudahkan. Tepat jam 3.30pm, kami sudah berada di perkarangan Darul Ihsan. Saat itu, perasaan saya bercampur baur. Ya Allah, gementar, takut, gembira, senang kata macam macam perasaan la. Tapi yang paling sangat dirasai ialah perasaan gementar tu. Kerana saya harus bentangkan mengenai Nabi Muhammad sebagai anak yatim. Gementar. Walaupun umur yang akan ikut serta ialah 10 tahun kebawah, tapi tetap saya gementar. Sebab mereka ni, ma syaa Allah masih comel. Dan harus melayani mereka bukan seperti yang selalu kita lakukan pada program sebelumnya. Tapi alhamdulillah Allah bantu. Semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak di sana semua dapat menerima kehadiran kami dengan tangan terbuka. Saya betul betul rasa sayaang sangat dengan mereka walau hanya mampu meluangkan masa selama dua jam sahaja.

Mereka semua anak anak yang sangat istimewa, sebabnya, Allah jaga mereka. Sepertimana Allah jaga Nabi Muhammad selepas kematian ibu ayah nya, begitu juga anak anak ni yang sangat suci murni, Allah pasti jaga. Buktinya, ada masyarakat yang sanggup membina tempat teduh bagi mereka, derma makanan dan sebagainya. Ma syaa Allah. :') waktu saya dan teman teman hendak pulang, mereka semua memeluk erat kami dan tanya "akak bila akak nak datang lagi?" Ya Allah,.soalan dari anak kecil yang tidak berdosa, dari seorang anak kecil yang mempunyai hati yang mulia. Saya tidak sanggup utk menjawabnya dan hanya mampu mengalirkan airmata. Berat sangat hati saya hendak melangkah pergi. Kalau boleh, ingin sahaja saya bersama mereka setiap waktu. Tapi Allah lebih Maha Mengetahui.

Ya Allah, Kau lindungilah mereka. Bimbinglah mereka ke jalan yang Engkau Redhai. Ya Allah, ampunilah dosa dosa mereka. Jangan lah Engkau biarkan mereka sendirian tanpa CintaMu walau seketika.
Ya Allah, Engkau Pemilik sebenar cinta ini, sampaikanlah salam rinduku kepada mereka. Pelukkan mereka untukku dengan hangat nya CintaMu untuk mereka. Sesungguhnya hamba tinggalkan mereka dibawah jagaan Mu ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Wassalam.