Thursday 25 April 2013

Luka di hati


Wahai diri,
janganlah engkau tangisi akan sesuatu 
yang tidak engkau miliki.
Percayalah,
bukan berlaku kerna Allah zalim,
tetapi berlaku kerna kezaliman engkau
pada diri.
Engkau,
engkau wahai diri,
yang menzalimi dirimu,
engkau yang meletakkan harapan
setinggi gunung
sebesar lautan
sedalam perigi.
Harus disalahkan siapa?
Siapa lagi,
kalau bukan harapan yang 
engkau sendiri bina.
Sudah ketahui,
semua yang hadir pasti pergi,
namun masih engkau bergantung harap
pada yang selainNya.
Walau yang hadir,
kadang sekejap kadang lama,
tapi semua hadir
membawa hikmah masing-masing.
Mungkin untuk membahagiakanmu
mungkin untuk mengajarmu erti pengorbanan
dan mungkin juga untuk engkau ketahui
hanya Allah yang Sedia Ada untukmu.
Masih lagikah engkau
lalai mengejar cinta manusia?
Masih lagikah engkau
ingin berharap pada penciptaanNya?
Bangunlah,
terus berlangkah. 
Biar iman kepada qadha dan qadhar
menjadi pengubat bagi lukamu.
Bersabarlah wahai diri,
semua yang hadir pasti akan pergi.

Tuesday 23 April 2013

Bangunlah wahai diri!

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberikan ni'mat keimanan, ni'mat merasakan kemanisan iman dan ni'mat menjadi sebagai seorang muslim. Syukur pada Allah atas ni'mat yang sangat besar ini.

Saya ada baca buku yang ditulis oleh Anwar Nursi bertajuk " Anakku hidup sekali, biar bererti". Biar saya nukilkan dari halaman 60, 

'Dalam persidangan Missionari Kristian di Al-Quds tahun 1935, Samuel Zweimer, Yahudi yang menjawat sebagai pengarah organisasi misi Kristian dengan lantang berkata, "Misi utama kita bukan menjadikan kaum muslimin sebagai orang kristian tapi mengeluarkan seorang muslim dari islam agar menjadi orang yang tidak berakhlak sebagaimana seorang muslim. Dengan begitu, akan membuka pintu kemenangan penjajah di negeri-negeri islam. Tujuan kalian adalah mempersiapkan generasi baru yang jauh daripada islam. Generasi muslim yang sesuai dengan kehendak kaum penjajah, generasi yang malas dan hanya mengejar kepuasan hawa nafsunya."

Dalam salah satu kitabnya iaitu 'Al-Gharah 'Alal'alam Islami', Zwiemer menulis, " Di dalam mata rantai kebudayaan Barat, gerakan misi Kristian mempunyai dua tugas: Menghancurkan peradaban lawan (bacalah tentang peradaban Islam) dan membina kembali dalam bentuk peradaban Barat. Ini perlu dilakukan agar si muslim dapat berdiri pada barisan budaya Barat untuk melawan umatnya sendiri." '

Subhanallah! saya bila baca je, tersentak sangat-sangat tersentak. apa yang kita orang muslim buat selama ini? Mana pergi muslimin yang digeruni oleh seluruh dunia dan semua kabilah? Kenapa sekarang kita yang ditindas? Bangun lah wahai diri, saya merayu bangunlah. Tak usah lagi bermimpi di siang hari. Tak usah lagi kita menjadi mangsa gunaan pihak musuh kita. 

Tengok sahaja remaja muslim sekarang, semua sibuk dengan apa? sibuk dengan pacaran. Mereka tanpa sedar sudah merelakan diri untuk masuk dalam perangkap orang barat, iaitu musuh kita! Sekarang semua asyik apa? 'my future imam, pembimbing saya di syurga kelak dan sebagainya.' Mengapa kita sibuk dengan sesuatu yang Allah rahsiakan dan Allah dah siang-siang lagi menetapkannya. Mengapa kita tidak peka tentang musuh dihadapan yang sedang menanti saat untuk menyerang kita. Mengapa? Allahu~ bukan saya cakap salah untuk nak 'berusaha' mencari pasangan. Memang disuruh cari pasangan dan berusaha. Tapi belum masanya. Dah cukup duit? dah buat persiapan untuk melalui gerbang perkahwinan? Tapi saya tak nafikan yang saya sokong untuk kahwin awal atas sebab tertentiu seperti menjaga kehormatan diri dan sebagainya. Tapi kalau tak ada sebab yang mendorong, apa kata kita sibukkan diri, fikir bagaimana nk menentang musuh dalam diri dan luar yang sedang membuat persiapan untuk terus masuk menyerang. bila sudah kahwin, banyak tanggungjawab yang harus dipikul, mungkin sahaja tiada masa pun nak fikir tentang umat diluar. tapi persiapan yang secukupnya harus ada bagi membimbing anak-anaknya, yang bakal menjadi generasi yang mendatang.

Allahu~ Tak cukup lagi ke apa yang sudah berlaku di negeri orang muslim? di Mesir, Libya, Syria, Afghanistan, Gaza? mengapa Boston yang hanya meragut 3 nyawa sahaja mampu menjadi topik hangat dunia dan semua melimpahkan simpati kepadanya? Mengapa muslimin yang meninggal berjuta-juta tiada siapa yang peduli? arab revolution mungkin sahaja terjadi sebagai teguran dari Allah kepada para muslimin untuk bangun! sudah tiada masa lagi untuk duduk dan berehat. Muslimin harus sibukkan diri sekarang dengan menuntut ilmu. Perang yang bakal berlaku bukanlah dengan senjata tetapi dengan ilmu sebagai senjata. Pluralisme, liberalisme, equality between men and women, puak puak yang terkeluar dari ahlussunnah wal jamaah. Siapa yang nak menegakkan kebenaran kalau semua masih sibuk bermain anak patung? siapa yang berani untuk memikul tanggungjawab ini. Ramai ulama' yang sudah pergi meninggalkan kita. Siapa yang bakal menggantikan mereka? 

Imam Syafie rahimahullah pernah berkata : 'Jika engkau tidak menyibukkan dirimu dengan yang hak, maka ia akan sibuk dengan yang batil'

Bangunlah wahai diri! Sudah masanya untuk kita kembali menjulang panji kemenangan islam. Ya Allah! Kami percaya bahawa pertolonganMu hampir. Berikanlah kami kekuatan untuk terus menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Ya Allah, kami tahu, Engkau sentiasa bersama yang benar. Amin!

Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri ini.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Monday 15 April 2013

Aku cantik ke?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, Segala syukur dipanjatkan kepada Allah swt yang telah menciptakan segala ciptaan di bumi dan langit ini dengan penuh indah. Segalanya indah. Cantiknya awan bergerak menyinari bumi tatkala manusia sedang sibuk mengejar wang. Walau manusia sering menghancurkannya, namun awan masih tetap sudi memayungi manusia dari kebinasaan, dengan izin Allah swt. Alhamdulillah. Sebut sahaja mengenai cantik. Pasti semua hendak jadi cantik. Nak baju raya yang cantik, beg cantik. Semua la cantik senang kata. Mana ada manusia nak kan beg buruk, kasut buruk dan sebagainya bukan? Jadi, memang suka sesuatu yang cantik itu fitrah manusia. Allah juga suka yang cantik-cantik. Sebab itu semakin kita dekat kepada Allah, kita harus semakin cantik. Iyalah Allah tak tengok luaran, tapi persepsi masyarakat mengenai orang islam? Mereka tak faham kalau nak cakap Allah tengok dalaman kita sahaja. Manusia yang semakin materialistik, pasti nak tak nak pun tetap akan tertengok luaran kita. Dari segi penampilan dan sebagainya. Mengapa bila hendak pergi interview kerja kita pakai cantik? Pakai sajalah baju tidur ke apa. Mengapa tidak gitu? Sebab tak sesuai. Begitulah nak ke masjid. Pakai pakaian yang cantik, wangi-wangian dan sebagainya. Sebab kita nak gi interview dan duduk berdua-duaan dengan Allah tau. Rabb seluruh alam. Mesti lagi nak cantik bukan? Pelik bila saya tengok semakin kita rapat dengan Allah, semakin selekeh pula seseorang itu. Salah itu. Allahu Musta'an. Lagi satu, semua orang pasti tanya aku cantik ke? Alaa, buruk je aku. Sesiapa yang pernah katakan sebegitu, istighfar banyak banyak. Seperti Luqman Hakim, seorang bijak pandai yang disebut Allah dalam Al-Quran. Beliau memiliki wajah yang tidak cantik. Satu hari, seseorang berkata padanya, 'sungguh buruknya engkau ya luqman.' Lalu apa yang dijawab Luqman dengan penuh bijaksana, 'Adakah aku yang engkau hina, atau Sang Pencipta yang menciptakan aku?' Allahu Akbar! Bila saya baca sahaja jawapannya, ma syaa Allah. Penuh hikmah dan bijaksana beliau menjawab. Ditekankan disini, semua cantik. Betul, saya tak bohong. Semua cantik. Asal sahaja kita pandai menjaga nya. Bila Allah da kurniakan kita semua dengan wajah, peliharalah ia kerana ia adalah amanah dari Allah. Bila kita memeliharanya dengan elok, pasti sejuk saja mata hendak memandang. Masalahnya sekarang, manusia juga yang sendiri merosakkannya. Seperti, pokok-pokok semua. Kan sedap sahaja mata memandang suasana yang tenang dengan bunyi kicauan burung. Tapi, manusia sendiri yang merosakkannya dengan menebangnya dan akhirnya bertanya, macam mana nak dapatkan ketenangan? Allahu~ mereka sendiri yang menghancurkan ketenangan itu, mereka sekarang menanyakannya pula. Allahu Musta'an. Satu saja pesanan, jagalah amanah yang diberikan Allah padamu dengan elok. Jagalah amanah itu. kerana, pasti satu saat nanti, amanah itu akan dipersoalkan. Jagalah kecantikan kita semua, baik perilaku mahupun penampilan. Kerana lagi cantik, lagi sejuk saja mata hendak memandang. Allah suka, manusia juga suka. Double bonus point! Wallahu A'alam. Yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari kelemahan diri ini sendiri. Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sunday 7 April 2013

Cita-citaku (II)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh



Alhamdulillah, syukur yang disandarkan hanya padaNya. Tiada Tuhan melainkan Allah swt, dan nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
In syaa Allah hari ini saya akan menyambung post mengenai cita-cita saya. 

3. Baik dalam menjadi anak kepada Umi dan Ayah.
Saya teringat akan kata-kata seorang teman saya,

'Selagi ada umi dan ayah, mudah bagi kita untuk masuk syurga."

Allahu Akbar! Ramai anak yang terlupa akan ini. Berbuat baik kepada ayah dan umi la yang paling utama dan penting. Salurkan rasa sayang pada yang selayaknya. Cakaplah I LOVE YOU pada mereka. Kenapa malu? Mereka la yang sepatut dan selayaknya untuk menerima kata i love you ini. Ramai yang sering berkata nak jadi yang sholehah buat bakal suami kita. Saya tidak kata ini salah, malah digalakkan. Tapi persoalannya, sudah solehahkah kita untuk ayah dan umi? Kekasih yang utama selepas Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Selagi ada ayah dan umi didunia ini. buatlah sebanyak kebaikan pada mereka. kerana mereka lah kunci untuk kita semua masuk ke syurga. Tambahan juga kalau hendak dibandingkan kebaikan kita kepada kebaikan yang telah mereka curahkan sejak dari bayi lagi, sungguh tak terbalas. 

Ya Allah, haramkanlah wajah kedua umi dan ayahku dari api neraka. ampunilah dosa mereka ya Allah, sesungguhnya mereka sangat baik kepadaku. Pandanglah mereka dengan kasih dan rahmatMu ya Allah. Amin ya Ra bbal 'alamin.

4. Baik kepada bakal suami
Cita-cita saya tinggi. Saya nak khatam Al-quran sebelum bernikah (mohon doa ye). Saya nak jadi isteri yang sholehah untuk suami saya. Siapa yang taknak kan? Semua nak jadi yang baik untuk bakal suami kita. Tapi masalahnya bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk bakal zauj? Saya suka membaca, jadi saya selalu baca buku-buku mengenai pernikahan. Teman-teman saya sering kata, ' oh syafiqah dah tak sabar nak kahwin la ni. ' Masalahnya bukan saya tidak sabar. Cuma jodoh itu ditangan Allah, bila-bila masa dia boleh datang. Dari kelam-kabut kan lebih baik mulakan persiapan dari sekarang. Bermacam jenis buku saya baca, dari mengenai kahwin awal sehinggalah mengenai masalah masyarakat yang tidak berkahwin. Ini semua persiapan.Tetapi Allah Maha Mengetahui. Walau saya rasa seperti dah bersedia, tapi kalau Allah tidak kehendaki, maka lagi lama lah kan. Yang penting sabar. Sheikh Umar pernah kata, "Jangan khuatir kalau tidak kahwin di dunia, mana tahu di syurga nanti, kita dijodohkan dengan para sahabat dan wali Allah yang tidak kahwin." Allahu Akbar! :') 
 ربنا هب لنا من ازواجنا وذرياتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما . امين .

5. Baik kepada masyarakat
Imam Muda Nazrul pernah kata :

'Jangan takut terbang tinggi demi agama."

Jadi cita-cita saya, saya nak jadi baik untuk masyarakat di luar sana. Banyak yang memerlukan pertolongan kami semua. Tapi, tak ramai yang sudi menghulurkan pertolongan. Hanya tahu untuk me'label' dan mengutuk je. Tak usah sebegitu. Hulurkan tangan dan bantu mereka untuk naik semula. Saya pegang pada satu prinsip :

' Semua manusia berpotensi untuk menjadi baik, cuma sekeliling yang mendorongnya untuk jadi baik atau sebaliknya. Jadilah sekeliling yang positif supaya dapat sama-sama menaikkan nama Islam semula. '

Ada satu peristiwa yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk membantu masyarakat luar. Ada seorang teman ini, sangat baik sekali, tetapi kerana pengaruh disekelilingnya yang  negatif yang telah mendorongnya ke arah kemungkaran. Lalu menyebabkan beliau harus menjalani sesi kaunseling. Terus ia membuatkan saya ingin jadi kaunselor. Saya ingin menolong mereka. Semua nya baik. Cuma tiada yang nak beri mereka nasihat dan bantuan. Saya percaya semua orang baik. 

Pernah sekali, kami semua disuruh tulis moto hidup kami didalam kertas, lalu saya tulis, 

Ingin jadi kaunselor penjara.

Namun, mungkin mereka tidak faham, lalu saya ditertawakan. Pada masa itu, saya rasa betul-betul hampa dan seakan ingin putus asa, namun semangat saya masih juga berkobar untuk jadi kaunselor. Saya ingin berkhidmat pada masyarakat. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin. 

Semoga sama-sama dapat kita menjulang semula panji kemenagan Islam yang merupakan hak milik kita. Takbir! ALLAHU AKBAR!

Segala yang baik dari Allah swt dan segala kekurangan adalah dari kelemahan diri ini. 
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Thursday 4 April 2013

Bumi 'anbiyaa

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sheikh 'Usamah As-Sayyid Al-Azhari 
Sheikh Usama is an Azhari scholar and Senior Fellow of Kalam Research & Media. He teaches Hadith, Logic, and Islamic Creed at the renowned Al-Azhar Mosque’s Riwaq al-Atrak in Cairo, Egypt. He also holds a teaching post in the Faculty of Usul al-Din and Da‘wah at Al-Azhar University, Egypt and is the author of several works on the Islamic sciences, most notably the seminal Ihya’ Ulum al-Hadith (The Revival of the Hadith Sciences).

Allahu Akbar~ Rindu sungguh rasanya hendak ke Mesir. Walhal belum pernah jejakkan kaki pun disana. Tapi kerinduan itu ma syaa Allah sangat! Baru saya faham bagaimana rasanya jatuh cinta pada sesuatu yang belum pernah dijejakkan kaki pun. Jadi sementara masih lama lagi hendak pergi, cara saya mengubat rindu, ni lah dengar dars dari Sheikh 'Usamah di youtube :') 

Sudah 2 malam berturut lagi mimpikan suasana di sana. Allah~ Rasa macam tak nak bangun tidur pun ada (hehe). Mimpi orientation di sana dan ambil imtihan qabul disana. Ni lah jadinya bila asyik memikirkan Mesir je. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Tapi ma syaa Allah sangat, tatkala teringat pasal Mesir je mesti tersengih sendiri. Dah macam orang jatuh cinta pula. Tapi ini lebih indah sangat. Jauh lebih indah. Jatuh cinta pada 'ilmu, para 'ulama dan bumi 'anbiyaa itu sendiri, Mesir. 

Ramai yang sering tanya mengapa saya nak ke Mesir. Jawapan saya mudah je, kerana saya boleh semakin rapat dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan selalu mendampingi para 'ulama disana. Kan para 'ulama itu adalah pewaris bagi Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Banyak dars di masjid yang boleh dihadiri. Belajar di suasana arab. Sebab saya suka sesuatu yang mencabar, sebab itu saya berani untuk nak ke Mesir, walau perlu sendiri. Tambahan juga, memang impian umi nak saya ke sana. Dulu saya paling taknak sekali ke Mesir, tapi lama kelamaan rasa macam taknak berpisah pula dengan Mesir. Ini lah berkat doa seorang umi yang dikabulkan Allah. Sekarang rasanya tak sabar pula hendak ke mesir. Hendak belajar bidang yang saya memang minat. (Minta doanya ye). 

In syaa Allah moga Allah permudahkan segala urusan saya dan teman-teman untuk ke sana. :') Dengar tak? Saya seakan dengar nama saya dipanggil dari mesir. Allah~ :') 

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Qaseedah Qad kafani 'ilmu Rabbi



Translation :

My Lord’s knowledge has sufficed me

from asking or choosing
For my du’a and my agonising supplication

is a witness to my poverty.
For this secret (reason) I make supplication

in times of ease and times of difficulty
I am a slave whose pride

is in his poverty and obligation
----------
O my Lord and my King

You know my state
And what has settled in my heart

of agonies and preoccupations
Save me with a gentleness

from You, O Lord of Lords
Oh save me, Most Generous

before I run out of patience (with myself)
----------
O One who is swift in sending aid

I ask for aid that will arrive to me swiftly
It will defeat all difficulty

and it will bring all that I hope for
O Near One Who answers

and All-Knowing and All-Hearing
I have attained realisation through my incapacity,

my submission and my brokenness
----------
I am still standing by the door, so please my Lord

have mercy on my standing
And in the valley of generosity, I am in i’tikaf (solitary retreat) 

So, Allah, make my retreat here permanent
And I’m abiding by good opinion (of You) 

For it is my friend and ally
And it is the one that sits by me and keeps me company
 
All day and night
----------
There is a need in my soul, O Allah

so please fulfill it, O Best of Fulfillers
And comfort my secret and my heart

from its burning and its shrapnel
In pleasure and in happiness
 and 
as long as You are pleased with me
For joy and expansion is my state
 
and my motto and my cover
source : https://soundcloud.com/terminader/qad-kafani

Wednesday 3 April 2013

Cita-citaku (I)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Segala kesyukuran dipanjatkan untukNya yang telah memberikan saya kesempatan untuk menulis lagi di ruangan blog ini. Moga ia nya dapat memberi manfaat kepada yang membaca blog saya ini. in syaa Allah amin. 

Saya ada baca satu buku ini, soalan nya cukup mudah tapi cukup mendalam untuk menjawabnya. 

"Pergi sekolah hendak jadi apa? "

Soalan ini memang banyak ditanya sewaktu kita masih comel comel lagi, waktu peringkat rendah. Namun, semakin kita membesar, soalan ini seakan semakin pupus dari minda kita. Apa sebenarnya yang kita ingin jadi bila besar nanti. Jawapan anak muda sekarang, "alaa, asalkan jadi orang sudah" soalan saya, selama ini awak tak jadi orang kah? (hehe) okay, soalan ini saya lontarkan kepada diri saya pula,
" Syafiqah, awak nak jadi apa bila besar nanti?"

Jawapan saya mudah sahaja, saya ingin jadi seseorang yang baik. Baik macam mana? Baik untuk Allah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, ibu bapa, dan bakal suami. Tak lupa juga baik untuk teman-teman, masyarakat, dan ummah sekalian. Tak salah bukan hendak cita-cita tinggi? Usaha nya pun hendak lah extra untuk penuhi cita-cita ini. Okay, saya breakdown satu persatu. 

1. Baik dalam menjadi hambaNya. 
Ini paling utama dan utama. ISLAH NAFS. Ubah diri kearah kebaikan dahulu, sebelum dapat mengubah dan membantu masyarakat luar.  Siapa kata nak berubah mudah? Memang payah. Apalagi kalau zaman sekarang orang luar asyik me'label' 'alaa dia sekali buat jahat selamanya jahatlah.' 'eleh, step berubah konon, padahal masih sama je aku tengok'.Jangan hiraukanlah apa orang cakap. Biarkan je. Siapa yang kita nak buat kerana? Allah atau manusia? Kalau kita berubah kerana nak harapkan pujian dari manusia, sia-sia sahaja. Free free je kita buang pahala kita. Buatlah kerana Allah swt. Tak perlu bilang orang yang kita sedang berubah, berubah sahaja kerana kalau memang kita berubah keranaNya, automatic orang akan pandang kita baik. Mujahadah dalam berubah kearah kebaikan. Tiada yang mudah di dunia ini tapi ingatlah syurga itu indah. Allah~  Moga Allah permudahkan kita untuk berubah keranaNya. Amin.

 If you are on the way towards Allah, then run. 
If it was hard for you, then jog. 
If you got tired, then walk. 
And if you can’t, then crawl, and never stop or go back.
- Imam Shafi'e rhm 
source : tumblr

2. Baik dalam menjadi umat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Bagaimana pula nak jadi baik dalam menjadi ummat baginda? Dengan ikuti ajaran baginda. Sunnah baginda amalkanlah. Tak susah mana pun. Bila mana kita mencintai seseorang, kita akan buat apa sahaja asalkan dia happy, betul tak? Samalah macam hal ini, kita lakukan semua sunnah baginda jadi baginda happy. Supaya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengaku dan mengi'tiraf kita sebagai ummat baginda. Allah~ Ya Allah, moga kita semua tergolong diantara mereka yang mendapat syafaat baginda sallallahu 'alaihi wasallam amin. 

In syaa Allah saya sambung cita-cita yang lain di masa akan datang in syaa Allah. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala kekurangan datang dari diri yang lemah ini. Moga Allah berkati dan redhoi kami semua. Amin
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.



Kesabaran dalam menempuhi ujian

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah yang telah membenarkan kami untuk hidup lagi pada hari ini bagi kami semua untuk bertaubat dan selalu meminta pengampunan dariNya. Sesungguhnya diri yang lemah dan hina ini tiada apa-apa melainkan apa yang diberiNya. Kullu hamdu lillah.

In syaa Allah apa yang akan dicoretkan dalam blog ini adalah apa yang dapat dipetik dan dipelajari dari hari-hari yang dilalui kita semua, in syaa Allah. Segala ilham yang ada adalah dari Allah swt, diri ini hanya lah menjadi pengantara sahaja. Segala yang baik dari Allah Yang Maha Esa, dan segala yang kurang adalah dari kelemahan diri ini. Allahu A'alam.

Semalam ada saya terlintas satu pepatah ini yang mengatakan :

Kesedihan itu ibarat buah, Allah tidak akan membiarkannya berada di dahan yang lemah.

Kata-kata yang cukup membuka mataku dan mengejutkan di saat diri ini sedang asyik lena. Diri yang sangat lemah ini mudah saja mengeluh saat ditimpa ujian yang kecil sahaja. Ya Allah, hina sungguh diri ini. Janji Allah sentiasa benar. Apa yang difirmankan Allah di dalam Al-Quran adalah benar. Allah berfirman di dalam surah al-baqarah ayat 286 :
" Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."
Sungguh, ketahuilah bahawa apa sahaja yang dilalui kita pada hari ini adalah apa yang tersanggup untuk kita melaluinya. Allah Maha Adil.

Jangan mudah mengeluh. Tiada keindahan yang dapat dicapai melainkan dengan bersusah payah dahulu. kesusahan dalam menempuh hari-hari di bumi yang fanaa' ini apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan indahnya syurga yang telah disiapkan untuk hamba-hambaNya yang bersabar. Allah~ Sentiasalah muhasabah diri. Lihatlah perjuangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dalam menyebarkan kalimah La Ilaha Illallah. Bermandi dengan darah hanya untuk menyebarkannya. Kita, baru kena ujian dan cubaan yang sedikit, sudah mengeluh dan putus asa. Sungguh tak patut. Mesti ada yang mengatakan, ' alah baginda Nabi, mestilah boleh melaluinya ' tetapi lupakah kita bahawa nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam diturunkan untuk kita jadikan qudwah hasanah (ikutan yang baik)? Ramai yang lupa akan hal ini. Siapa lagi yang ingin kita contohi kalau bukan akhlaq dan perilaku baginda. kesabaran baginda dalam menempuhi segala ujian dan cubaan yang dihadapinya. Allah~

Semoga sama-samalah dapat kita mengikuti segala tingakh laku baginda dari segi percakapannya, kelakuannya dan sebagainya. Tiada yang lebih layak untuk kita mengambil sebagai ikutan melainkan nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Bersabarlah seperti sabarnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Bersabar, bersabar dan terus bersabar. Sesungguhnya syurga merindukan orang yang bersabar. Allah~

Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu. Tiada yang kami harapkan melainkan pengampunan dan rahmat dariMu ya Allah. Sesungguhnya kami lemah dan hina, kuatkanlah kami untuk menempuhi segala cubaan dan ujian di bumi ini. Kuatkanlah kami supaya dapat kami masuk dikalangan yang Engaku Cintai dan supaya dapat kami masuk ke rumahMu ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Segala yang baik dari Allah, dan lemah datang dari kelemahan diri ini. Wallahu A'alam. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.