Wednesday, 26 June 2013

Cinta Rabb





Semua tercari-cari
Tercari-cari sinar harapan
yang berdiri menunggu di hujung jalan.

Ada yang tersungkur dalam perjalanan
ada yang laju memecut cari harapan
ada juga yang maju perlahan 
tapi penuh semangat.

Bagai si buta meraba cari tongkatnya
bagai si celik meraba 
mencari sinaran di dalam kegelapan.

Inilah hakikat kehidupan
yang indah tak mudah dicapai
yang cantik tidak mudah digapai.
Cinta Rabbul 'Alamin tinggi melampai
tidak mungkin dicapai
tanpa ada ombak dan badai.

Kesabaran dalam mencari yang Hak
perlu ada
dalam mencari cintaNya yang tiada tandingan.
Usah khuatir
selagi dalam perjalanan mencari cinta Yang Agung
selagi itu kita tidak akan dihampakan.

Sesungguhnya hanya cintaNya 
yang kita cari.
Cinta 
yang menepati fitrah manusia.
Walau terpaksa bersendirian,
berdiri keseorangan di hujung dunia
namun cinta semulia cinta itu masih tetap dinanti.

Cinta Yang Agung
Cinta Yang Hebat
Cinta yang tidak akan menghampakan
itulah dia 
Cinta Rabb seluruh 'alam

Cinta Illahi


Friday, 14 June 2013

Rayuanku

Bismillahirrahmanirrahim

In syaa Allah post saya kali ni pendek je. Lebih bernada rayuan dari biasa. 

Kepada kaum bani Adam, 
Saya mohon sangat, jangan pernah mengusik kuntuman bunga di taman kalau tiada niat ingin memetiknya. Ya Allah, saya mohon jangan pernah bagi harapan pada wanita. Tambahan lagi, kalau berniat ingin mempergunakannya sahaja. Wal 'iyazu billah. Mana pergi lelaki yang seharusnya bertindak sebagai pelindung wanita? Kenapa lelaki semua kini hanya tahu ingin menghancurkan diri dan hati wanita?  Jangan gelak atas tangisan wanita. Ingatlah, dunia dan kehidupan tidak selalu berpihak pada kita. Jangan sampai satu hari nanti segala apa yang kita lakukan kena tempias nya semula pada muka kita. Pada waktu, jangan hendak menyesal atau menangis lagi. Semuanya tidak bermakna lagi. Mungkin sekarang awak semua boleh gelak atas tangisan wanita yang telah disakiti itu, tapi bila awak semua sudah mempunyai anak, jangan nangis bila harus mengesat air mata nya kerana dikecewakan oleh lelaki yang tidak berhati perut dan berperikemanusiaan ini. Tambahan juga, wahai kaum bani Adam, berkahwin tidak hanya didasari oleh rasa saling sayang menyayang. Jangan harap ingin bahagianya rumahtangga, kalau diri tidak ditingkatkan, dan ego tidak dimusnahkan. Jangan disebabkan egomu, rumah tanggamu hancur lepuh. 

Kepada kaum Hawa pula,
Jangan senang terpedya dengan janji manis lelaki yang belum sah menjadi milik kita. Kalau dengan kita sekarang dia boleh mempermainkan, tidak mustahil bila berumah tangga nanti, tiadanya seorang khalifah yang bertindak sebagai ketua keluarga. Tingkatkan perisaimu. Biar mereka harus bersusah payah sebelum mendapatkan dirimu. Jangan mudah bagi mereka untuk mendapatkanmu. Kerana dengan mudah juga mereka akan menghancurkan hatimu. Jangan pernah meletakkan harapan setinggi gunung pada mereka, Moga Allah sentiasa melindungi wanita wanita ini. Dirimu sangat berharga, jagalah dirimu dan cintamu. Biar ianya hanya diberikan kepada yang sudah halal buatmu. 

Maafkan saya, andai ada yang tersinggung. Maaf juga seandainya post ini lebih berbaur rayuan dan ada pihak yang tidak senang dengannya. Cuma diri yang kerdil ini hanya ingin memberikan kesedaran kepada semua termasuk diri ini yang senang terlalai dengan bomohan cinta. Moga Allah lindungi hati hati kami semua. Amin. Sampai sini sahaja post ringkas saya. Segala kesalahan datang dari kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari Pemilik Cinta yang sejati. Wallahu a'alam.

Sunday, 26 May 2013

Dosa-dosa semalam

Bismillahirrahmanirrahim

Segala syukur pada Allah yang telah memberiku kesempatan untuk melakukan kebaikan pada hari ini dan juga bertaubat padaNya dari segala dosa dosa semalam.

Semua pasti ada masa silam masing-masing. Sebelum kita menjadi baik, mesti ada masa silam. semua yang baik pasti ada masa silam. Sebab itu jangan pernah pandang rendah pada orang yang 'belum baik' kerana mana tahu, Allah lebih menyayanginya dan menjadikannya lebih baik dan mulia dari kita sekarang. Allahu Musta'an.

Saya sendiri tidak suka bila orang mengungkit kisah silam saya. Pada saya, tengoklah saya pada diri saya yang sekarang. Tidak adil rasanya untuk menghukum saya atas masa silam saya. Biar masa silam itu jadi satu pengajaran dalam diri. Itu pendapat saya. Pendapat saya bila saya belum menemui orang yang sama mempunyai masa silam juga.

 Kemudiannya saya ditemukan Allah dengan sesorang yang mempunyai masa silam. Dan kebetulan ia ada berkenaan dengan teman rapat saya. Allahu~ memang dugaan ini. Saya tetapkan pendirian saya. Macam mana saya taknak orang buat dekat saya, saya cuba untuk tidak buat pada orang lain. Saya lihat semua orang termasuk dirinya dalam keadaan dirinya yang sekarang dan bukan masa lalunya. Saya juga tidak mahu tahu mengenai masa silamnya sebab saya tahu bila saya ambil tahu mengenai masa silamnya saya punya persepsi mengenainya boleh berubah. Dan tanpa saya sengaja saya terambil tahu mengenai masa silamnya. Dan seperti yang telah saya sendiri jangkakan, persepsi saya mengenainya berubah. Saya rasa bersalah sangat. Saya faham perasaannya bila saya mula menghukumnya dengan masa silamnya. Tidak adil untuk dirinya. Saya faham sangat. Tapi, saya khuatir kalau saya terjatuh didalam lubang yang sama dua kali. Saya selalu berhati-hati menjaga hati saya. Saya takut jika sejarah dulu berulang semula. Itu sahaja. Bukan maksud saya untuk menghukumnya dengan masa lalunya. Langsung tidak. Cuma kelemahan saya, saya susah hendak percaya orang lagi selepas apa yang sudah berlaku pada diri saya. Allahu Musta'an. 

Saya benar benar tersempit didalam keadaan ini. Saya tahu perasaannya bila menghukum seseorang dengan masa silamnya. Tapi saya juga takut hati saya disakiti lagi. keputusan yang saya buat bukan untuk menghukum dirinya sebagai jahat tetapi lebih kepada menjaga hati saya dari sebarang kelukaan. Jujur saya kata, dia seorang yang baik. Cuma sukar bagi saya untuk menerimanya selepas mendapat tahu apa yang dia buat paa teman rapat saya. Tidak mengapalah, mungkin sahaja keputusan ini yang terbaik untuk diri saya dan dirinya. Supaya masing masing dapat lebih mendekatkan diri pada Allah dan penuhi hati kita dengan rasa cinta padaNya dahulu. Kalau benar dia jodoh saya, moga kami dipertemukan dalam keadaan yang terbaik untuk diri masing masing. 

Tidak mengapa la, tak usah fikir mengenai jodoh buat masa sekarang, biar sibukkan diri dengan meraih cintaNya dahulu. Belajar dahulu. Berbakti pada ibubapa dahulu. Sibuk fikirkan untuk mati dlaam keadaan islam. Mengapa saya katakan begitu? Sebab jodoh itu sudah dijanjikan Allah. Walau terpisah diantara dua benua pun, kalau da jodoh pasti bertemu. Tapi maut? Suatu yang pasti yang kita sendiri tidak tahu bila. Lebih baik kita sibukkan diri dengan kebaikan supaya kita dapat meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Amin

Ya Allah peliharalah hati dan iman kami. Jangan sampai kami terjatuh ke dalam kancah kema'siatan. Ya Allah, moga cinta ini dapat diberikan kepada yang selayaknya. Ya Allah Engkau Maha Mengetahui siapa jodohku. ku serahkan padaMu ya Allah. Amin.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri. Allahu Musta'an.

Thursday, 25 April 2013

Luka di hati


Wahai diri,
janganlah engkau tangisi akan sesuatu 
yang tidak engkau miliki.
Percayalah,
bukan berlaku kerna Allah zalim,
tetapi berlaku kerna kezaliman engkau
pada diri.
Engkau,
engkau wahai diri,
yang menzalimi dirimu,
engkau yang meletakkan harapan
setinggi gunung
sebesar lautan
sedalam perigi.
Harus disalahkan siapa?
Siapa lagi,
kalau bukan harapan yang 
engkau sendiri bina.
Sudah ketahui,
semua yang hadir pasti pergi,
namun masih engkau bergantung harap
pada yang selainNya.
Walau yang hadir,
kadang sekejap kadang lama,
tapi semua hadir
membawa hikmah masing-masing.
Mungkin untuk membahagiakanmu
mungkin untuk mengajarmu erti pengorbanan
dan mungkin juga untuk engkau ketahui
hanya Allah yang Sedia Ada untukmu.
Masih lagikah engkau
lalai mengejar cinta manusia?
Masih lagikah engkau
ingin berharap pada penciptaanNya?
Bangunlah,
terus berlangkah. 
Biar iman kepada qadha dan qadhar
menjadi pengubat bagi lukamu.
Bersabarlah wahai diri,
semua yang hadir pasti akan pergi.

Tuesday, 23 April 2013

Bangunlah wahai diri!

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberikan ni'mat keimanan, ni'mat merasakan kemanisan iman dan ni'mat menjadi sebagai seorang muslim. Syukur pada Allah atas ni'mat yang sangat besar ini.

Saya ada baca buku yang ditulis oleh Anwar Nursi bertajuk " Anakku hidup sekali, biar bererti". Biar saya nukilkan dari halaman 60, 

'Dalam persidangan Missionari Kristian di Al-Quds tahun 1935, Samuel Zweimer, Yahudi yang menjawat sebagai pengarah organisasi misi Kristian dengan lantang berkata, "Misi utama kita bukan menjadikan kaum muslimin sebagai orang kristian tapi mengeluarkan seorang muslim dari islam agar menjadi orang yang tidak berakhlak sebagaimana seorang muslim. Dengan begitu, akan membuka pintu kemenangan penjajah di negeri-negeri islam. Tujuan kalian adalah mempersiapkan generasi baru yang jauh daripada islam. Generasi muslim yang sesuai dengan kehendak kaum penjajah, generasi yang malas dan hanya mengejar kepuasan hawa nafsunya."

Dalam salah satu kitabnya iaitu 'Al-Gharah 'Alal'alam Islami', Zwiemer menulis, " Di dalam mata rantai kebudayaan Barat, gerakan misi Kristian mempunyai dua tugas: Menghancurkan peradaban lawan (bacalah tentang peradaban Islam) dan membina kembali dalam bentuk peradaban Barat. Ini perlu dilakukan agar si muslim dapat berdiri pada barisan budaya Barat untuk melawan umatnya sendiri." '

Subhanallah! saya bila baca je, tersentak sangat-sangat tersentak. apa yang kita orang muslim buat selama ini? Mana pergi muslimin yang digeruni oleh seluruh dunia dan semua kabilah? Kenapa sekarang kita yang ditindas? Bangun lah wahai diri, saya merayu bangunlah. Tak usah lagi bermimpi di siang hari. Tak usah lagi kita menjadi mangsa gunaan pihak musuh kita. 

Tengok sahaja remaja muslim sekarang, semua sibuk dengan apa? sibuk dengan pacaran. Mereka tanpa sedar sudah merelakan diri untuk masuk dalam perangkap orang barat, iaitu musuh kita! Sekarang semua asyik apa? 'my future imam, pembimbing saya di syurga kelak dan sebagainya.' Mengapa kita sibuk dengan sesuatu yang Allah rahsiakan dan Allah dah siang-siang lagi menetapkannya. Mengapa kita tidak peka tentang musuh dihadapan yang sedang menanti saat untuk menyerang kita. Mengapa? Allahu~ bukan saya cakap salah untuk nak 'berusaha' mencari pasangan. Memang disuruh cari pasangan dan berusaha. Tapi belum masanya. Dah cukup duit? dah buat persiapan untuk melalui gerbang perkahwinan? Tapi saya tak nafikan yang saya sokong untuk kahwin awal atas sebab tertentiu seperti menjaga kehormatan diri dan sebagainya. Tapi kalau tak ada sebab yang mendorong, apa kata kita sibukkan diri, fikir bagaimana nk menentang musuh dalam diri dan luar yang sedang membuat persiapan untuk terus masuk menyerang. bila sudah kahwin, banyak tanggungjawab yang harus dipikul, mungkin sahaja tiada masa pun nak fikir tentang umat diluar. tapi persiapan yang secukupnya harus ada bagi membimbing anak-anaknya, yang bakal menjadi generasi yang mendatang.

Allahu~ Tak cukup lagi ke apa yang sudah berlaku di negeri orang muslim? di Mesir, Libya, Syria, Afghanistan, Gaza? mengapa Boston yang hanya meragut 3 nyawa sahaja mampu menjadi topik hangat dunia dan semua melimpahkan simpati kepadanya? Mengapa muslimin yang meninggal berjuta-juta tiada siapa yang peduli? arab revolution mungkin sahaja terjadi sebagai teguran dari Allah kepada para muslimin untuk bangun! sudah tiada masa lagi untuk duduk dan berehat. Muslimin harus sibukkan diri sekarang dengan menuntut ilmu. Perang yang bakal berlaku bukanlah dengan senjata tetapi dengan ilmu sebagai senjata. Pluralisme, liberalisme, equality between men and women, puak puak yang terkeluar dari ahlussunnah wal jamaah. Siapa yang nak menegakkan kebenaran kalau semua masih sibuk bermain anak patung? siapa yang berani untuk memikul tanggungjawab ini. Ramai ulama' yang sudah pergi meninggalkan kita. Siapa yang bakal menggantikan mereka? 

Imam Syafie rahimahullah pernah berkata : 'Jika engkau tidak menyibukkan dirimu dengan yang hak, maka ia akan sibuk dengan yang batil'

Bangunlah wahai diri! Sudah masanya untuk kita kembali menjulang panji kemenangan islam. Ya Allah! Kami percaya bahawa pertolonganMu hampir. Berikanlah kami kekuatan untuk terus menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Ya Allah, kami tahu, Engkau sentiasa bersama yang benar. Amin!

Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri ini.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Monday, 15 April 2013

Aku cantik ke?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, Segala syukur dipanjatkan kepada Allah swt yang telah menciptakan segala ciptaan di bumi dan langit ini dengan penuh indah. Segalanya indah. Cantiknya awan bergerak menyinari bumi tatkala manusia sedang sibuk mengejar wang. Walau manusia sering menghancurkannya, namun awan masih tetap sudi memayungi manusia dari kebinasaan, dengan izin Allah swt. Alhamdulillah. Sebut sahaja mengenai cantik. Pasti semua hendak jadi cantik. Nak baju raya yang cantik, beg cantik. Semua la cantik senang kata. Mana ada manusia nak kan beg buruk, kasut buruk dan sebagainya bukan? Jadi, memang suka sesuatu yang cantik itu fitrah manusia. Allah juga suka yang cantik-cantik. Sebab itu semakin kita dekat kepada Allah, kita harus semakin cantik. Iyalah Allah tak tengok luaran, tapi persepsi masyarakat mengenai orang islam? Mereka tak faham kalau nak cakap Allah tengok dalaman kita sahaja. Manusia yang semakin materialistik, pasti nak tak nak pun tetap akan tertengok luaran kita. Dari segi penampilan dan sebagainya. Mengapa bila hendak pergi interview kerja kita pakai cantik? Pakai sajalah baju tidur ke apa. Mengapa tidak gitu? Sebab tak sesuai. Begitulah nak ke masjid. Pakai pakaian yang cantik, wangi-wangian dan sebagainya. Sebab kita nak gi interview dan duduk berdua-duaan dengan Allah tau. Rabb seluruh alam. Mesti lagi nak cantik bukan? Pelik bila saya tengok semakin kita rapat dengan Allah, semakin selekeh pula seseorang itu. Salah itu. Allahu Musta'an. Lagi satu, semua orang pasti tanya aku cantik ke? Alaa, buruk je aku. Sesiapa yang pernah katakan sebegitu, istighfar banyak banyak. Seperti Luqman Hakim, seorang bijak pandai yang disebut Allah dalam Al-Quran. Beliau memiliki wajah yang tidak cantik. Satu hari, seseorang berkata padanya, 'sungguh buruknya engkau ya luqman.' Lalu apa yang dijawab Luqman dengan penuh bijaksana, 'Adakah aku yang engkau hina, atau Sang Pencipta yang menciptakan aku?' Allahu Akbar! Bila saya baca sahaja jawapannya, ma syaa Allah. Penuh hikmah dan bijaksana beliau menjawab. Ditekankan disini, semua cantik. Betul, saya tak bohong. Semua cantik. Asal sahaja kita pandai menjaga nya. Bila Allah da kurniakan kita semua dengan wajah, peliharalah ia kerana ia adalah amanah dari Allah. Bila kita memeliharanya dengan elok, pasti sejuk saja mata hendak memandang. Masalahnya sekarang, manusia juga yang sendiri merosakkannya. Seperti, pokok-pokok semua. Kan sedap sahaja mata memandang suasana yang tenang dengan bunyi kicauan burung. Tapi, manusia sendiri yang merosakkannya dengan menebangnya dan akhirnya bertanya, macam mana nak dapatkan ketenangan? Allahu~ mereka sendiri yang menghancurkan ketenangan itu, mereka sekarang menanyakannya pula. Allahu Musta'an. Satu saja pesanan, jagalah amanah yang diberikan Allah padamu dengan elok. Jagalah amanah itu. kerana, pasti satu saat nanti, amanah itu akan dipersoalkan. Jagalah kecantikan kita semua, baik perilaku mahupun penampilan. Kerana lagi cantik, lagi sejuk saja mata hendak memandang. Allah suka, manusia juga suka. Double bonus point! Wallahu A'alam. Yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari kelemahan diri ini sendiri. Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sunday, 7 April 2013

Cita-citaku (II)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh



Alhamdulillah, syukur yang disandarkan hanya padaNya. Tiada Tuhan melainkan Allah swt, dan nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
In syaa Allah hari ini saya akan menyambung post mengenai cita-cita saya. 

3. Baik dalam menjadi anak kepada Umi dan Ayah.
Saya teringat akan kata-kata seorang teman saya,

'Selagi ada umi dan ayah, mudah bagi kita untuk masuk syurga."

Allahu Akbar! Ramai anak yang terlupa akan ini. Berbuat baik kepada ayah dan umi la yang paling utama dan penting. Salurkan rasa sayang pada yang selayaknya. Cakaplah I LOVE YOU pada mereka. Kenapa malu? Mereka la yang sepatut dan selayaknya untuk menerima kata i love you ini. Ramai yang sering berkata nak jadi yang sholehah buat bakal suami kita. Saya tidak kata ini salah, malah digalakkan. Tapi persoalannya, sudah solehahkah kita untuk ayah dan umi? Kekasih yang utama selepas Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Selagi ada ayah dan umi didunia ini. buatlah sebanyak kebaikan pada mereka. kerana mereka lah kunci untuk kita semua masuk ke syurga. Tambahan juga kalau hendak dibandingkan kebaikan kita kepada kebaikan yang telah mereka curahkan sejak dari bayi lagi, sungguh tak terbalas. 

Ya Allah, haramkanlah wajah kedua umi dan ayahku dari api neraka. ampunilah dosa mereka ya Allah, sesungguhnya mereka sangat baik kepadaku. Pandanglah mereka dengan kasih dan rahmatMu ya Allah. Amin ya Ra bbal 'alamin.

4. Baik kepada bakal suami
Cita-cita saya tinggi. Saya nak khatam Al-quran sebelum bernikah (mohon doa ye). Saya nak jadi isteri yang sholehah untuk suami saya. Siapa yang taknak kan? Semua nak jadi yang baik untuk bakal suami kita. Tapi masalahnya bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk bakal zauj? Saya suka membaca, jadi saya selalu baca buku-buku mengenai pernikahan. Teman-teman saya sering kata, ' oh syafiqah dah tak sabar nak kahwin la ni. ' Masalahnya bukan saya tidak sabar. Cuma jodoh itu ditangan Allah, bila-bila masa dia boleh datang. Dari kelam-kabut kan lebih baik mulakan persiapan dari sekarang. Bermacam jenis buku saya baca, dari mengenai kahwin awal sehinggalah mengenai masalah masyarakat yang tidak berkahwin. Ini semua persiapan.Tetapi Allah Maha Mengetahui. Walau saya rasa seperti dah bersedia, tapi kalau Allah tidak kehendaki, maka lagi lama lah kan. Yang penting sabar. Sheikh Umar pernah kata, "Jangan khuatir kalau tidak kahwin di dunia, mana tahu di syurga nanti, kita dijodohkan dengan para sahabat dan wali Allah yang tidak kahwin." Allahu Akbar! :') 
 ربنا هب لنا من ازواجنا وذرياتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما . امين .

5. Baik kepada masyarakat
Imam Muda Nazrul pernah kata :

'Jangan takut terbang tinggi demi agama."

Jadi cita-cita saya, saya nak jadi baik untuk masyarakat di luar sana. Banyak yang memerlukan pertolongan kami semua. Tapi, tak ramai yang sudi menghulurkan pertolongan. Hanya tahu untuk me'label' dan mengutuk je. Tak usah sebegitu. Hulurkan tangan dan bantu mereka untuk naik semula. Saya pegang pada satu prinsip :

' Semua manusia berpotensi untuk menjadi baik, cuma sekeliling yang mendorongnya untuk jadi baik atau sebaliknya. Jadilah sekeliling yang positif supaya dapat sama-sama menaikkan nama Islam semula. '

Ada satu peristiwa yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk membantu masyarakat luar. Ada seorang teman ini, sangat baik sekali, tetapi kerana pengaruh disekelilingnya yang  negatif yang telah mendorongnya ke arah kemungkaran. Lalu menyebabkan beliau harus menjalani sesi kaunseling. Terus ia membuatkan saya ingin jadi kaunselor. Saya ingin menolong mereka. Semua nya baik. Cuma tiada yang nak beri mereka nasihat dan bantuan. Saya percaya semua orang baik. 

Pernah sekali, kami semua disuruh tulis moto hidup kami didalam kertas, lalu saya tulis, 

Ingin jadi kaunselor penjara.

Namun, mungkin mereka tidak faham, lalu saya ditertawakan. Pada masa itu, saya rasa betul-betul hampa dan seakan ingin putus asa, namun semangat saya masih juga berkobar untuk jadi kaunselor. Saya ingin berkhidmat pada masyarakat. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin. 

Semoga sama-sama dapat kita menjulang semula panji kemenagan Islam yang merupakan hak milik kita. Takbir! ALLAHU AKBAR!

Segala yang baik dari Allah swt dan segala kekurangan adalah dari kelemahan diri ini. 
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.