بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberikan ni'mat keimanan, ni'mat merasakan kemanisan iman dan ni'mat menjadi sebagai seorang muslim. Syukur pada Allah atas ni'mat yang sangat besar ini.
Saya ada baca buku yang ditulis oleh Anwar Nursi bertajuk " Anakku hidup sekali, biar bererti". Biar saya nukilkan dari halaman 60,
'Dalam persidangan Missionari Kristian di Al-Quds tahun 1935, Samuel Zweimer, Yahudi yang menjawat sebagai pengarah organisasi misi Kristian dengan lantang berkata, "Misi utama kita bukan menjadikan kaum muslimin sebagai orang kristian tapi mengeluarkan seorang muslim dari islam agar menjadi orang yang tidak berakhlak sebagaimana seorang muslim. Dengan begitu, akan membuka pintu kemenangan penjajah di negeri-negeri islam. Tujuan kalian adalah mempersiapkan generasi baru yang jauh daripada islam. Generasi muslim yang sesuai dengan kehendak kaum penjajah, generasi yang malas dan hanya mengejar kepuasan hawa nafsunya."
Dalam salah satu kitabnya iaitu 'Al-Gharah 'Alal'alam Islami', Zwiemer menulis, " Di dalam mata rantai kebudayaan Barat, gerakan misi Kristian mempunyai dua tugas: Menghancurkan peradaban lawan (bacalah tentang peradaban Islam) dan membina kembali dalam bentuk peradaban Barat. Ini perlu dilakukan agar si muslim dapat berdiri pada barisan budaya Barat untuk melawan umatnya sendiri." '
Subhanallah! saya bila baca je, tersentak sangat-sangat tersentak. apa yang kita orang muslim buat selama ini? Mana pergi muslimin yang digeruni oleh seluruh dunia dan semua kabilah? Kenapa sekarang kita yang ditindas? Bangun lah wahai diri, saya merayu bangunlah. Tak usah lagi bermimpi di siang hari. Tak usah lagi kita menjadi mangsa gunaan pihak musuh kita.
Tengok sahaja remaja muslim sekarang, semua sibuk dengan apa? sibuk dengan pacaran. Mereka tanpa sedar sudah merelakan diri untuk masuk dalam perangkap orang barat, iaitu musuh kita! Sekarang semua asyik apa? 'my future imam, pembimbing saya di syurga kelak dan sebagainya.' Mengapa kita sibuk dengan sesuatu yang Allah rahsiakan dan Allah dah siang-siang lagi menetapkannya. Mengapa kita tidak peka tentang musuh dihadapan yang sedang menanti saat untuk menyerang kita. Mengapa? Allahu~ bukan saya cakap salah untuk nak 'berusaha' mencari pasangan. Memang disuruh cari pasangan dan berusaha. Tapi belum masanya. Dah cukup duit? dah buat persiapan untuk melalui gerbang perkahwinan? Tapi saya tak nafikan yang saya sokong untuk kahwin awal atas sebab tertentiu seperti menjaga kehormatan diri dan sebagainya. Tapi kalau tak ada sebab yang mendorong, apa kata kita sibukkan diri, fikir bagaimana nk menentang musuh dalam diri dan luar yang sedang membuat persiapan untuk terus masuk menyerang. bila sudah kahwin, banyak tanggungjawab yang harus dipikul, mungkin sahaja tiada masa pun nak fikir tentang umat diluar. tapi persiapan yang secukupnya harus ada bagi membimbing anak-anaknya, yang bakal menjadi generasi yang mendatang.
Allahu~ Tak cukup lagi ke apa yang sudah berlaku di negeri orang muslim? di Mesir, Libya, Syria, Afghanistan, Gaza? mengapa Boston yang hanya meragut 3 nyawa sahaja mampu menjadi topik hangat dunia dan semua melimpahkan simpati kepadanya? Mengapa muslimin yang meninggal berjuta-juta tiada siapa yang peduli? arab revolution mungkin sahaja terjadi sebagai teguran dari Allah kepada para muslimin untuk bangun! sudah tiada masa lagi untuk duduk dan berehat. Muslimin harus sibukkan diri sekarang dengan menuntut ilmu. Perang yang bakal berlaku bukanlah dengan senjata tetapi dengan ilmu sebagai senjata. Pluralisme, liberalisme, equality between men and women, puak puak yang terkeluar dari ahlussunnah wal jamaah. Siapa yang nak menegakkan kebenaran kalau semua masih sibuk bermain anak patung? siapa yang berani untuk memikul tanggungjawab ini. Ramai ulama' yang sudah pergi meninggalkan kita. Siapa yang bakal menggantikan mereka?
Imam Syafie rahimahullah pernah berkata : 'Jika engkau tidak menyibukkan dirimu dengan yang hak, maka ia akan sibuk dengan yang batil'
Bangunlah wahai diri! Sudah masanya untuk kita kembali menjulang panji kemenangan islam. Ya Allah! Kami percaya bahawa pertolonganMu hampir. Berikanlah kami kekuatan untuk terus menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Ya Allah, kami tahu, Engkau sentiasa bersama yang benar. Amin!
Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri ini.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
No comments:
Post a Comment