بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,
Segala syukur dipanjatkan kepada Allah swt yang telah menciptakan segala ciptaan di bumi dan langit ini dengan penuh indah. Segalanya indah. Cantiknya awan bergerak menyinari bumi tatkala manusia sedang sibuk mengejar wang. Walau manusia sering menghancurkannya, namun awan masih tetap sudi memayungi manusia dari kebinasaan, dengan izin Allah swt. Alhamdulillah.
Sebut sahaja mengenai cantik. Pasti semua hendak jadi cantik. Nak baju raya yang cantik, beg cantik. Semua la cantik senang kata. Mana ada manusia nak kan beg buruk, kasut buruk dan sebagainya bukan? Jadi, memang suka sesuatu yang cantik itu fitrah manusia. Allah juga suka yang cantik-cantik. Sebab itu semakin kita dekat kepada Allah, kita harus semakin cantik. Iyalah Allah tak tengok luaran, tapi persepsi masyarakat mengenai orang islam? Mereka tak faham kalau nak cakap Allah tengok dalaman kita sahaja. Manusia yang semakin materialistik, pasti nak tak nak pun tetap akan tertengok luaran kita. Dari segi penampilan dan sebagainya. Mengapa bila hendak pergi interview kerja kita pakai cantik? Pakai sajalah baju tidur ke apa. Mengapa tidak gitu? Sebab tak sesuai. Begitulah nak ke masjid. Pakai pakaian yang cantik, wangi-wangian dan sebagainya. Sebab kita nak gi interview dan duduk berdua-duaan dengan Allah tau. Rabb seluruh alam. Mesti lagi nak cantik bukan? Pelik bila saya tengok semakin kita rapat dengan Allah, semakin selekeh pula seseorang itu. Salah itu. Allahu Musta'an.
Lagi satu, semua orang pasti tanya aku cantik ke? Alaa, buruk je aku. Sesiapa yang pernah katakan sebegitu, istighfar banyak banyak. Seperti Luqman Hakim, seorang bijak pandai yang disebut Allah dalam Al-Quran. Beliau memiliki wajah yang tidak cantik. Satu hari, seseorang berkata padanya, 'sungguh buruknya engkau ya luqman.' Lalu apa yang dijawab Luqman dengan penuh bijaksana, 'Adakah aku yang engkau hina, atau Sang Pencipta yang menciptakan aku?' Allahu Akbar! Bila saya baca sahaja jawapannya, ma syaa Allah. Penuh hikmah dan bijaksana beliau menjawab.
Ditekankan disini, semua cantik. Betul, saya tak bohong. Semua cantik. Asal sahaja kita pandai menjaga nya. Bila Allah da kurniakan kita semua dengan wajah, peliharalah ia kerana ia adalah amanah dari Allah. Bila kita memeliharanya dengan elok, pasti sejuk saja mata hendak memandang. Masalahnya sekarang, manusia juga yang sendiri merosakkannya. Seperti, pokok-pokok semua. Kan sedap sahaja mata memandang suasana yang tenang dengan bunyi kicauan burung. Tapi, manusia sendiri yang merosakkannya dengan menebangnya dan akhirnya bertanya, macam mana nak dapatkan ketenangan? Allahu~ mereka sendiri yang menghancurkan ketenangan itu, mereka sekarang menanyakannya pula. Allahu Musta'an.
Satu saja pesanan, jagalah amanah yang diberikan Allah padamu dengan elok. Jagalah amanah itu. kerana, pasti satu saat nanti, amanah itu akan dipersoalkan. Jagalah kecantikan kita semua, baik perilaku mahupun penampilan. Kerana lagi cantik, lagi sejuk saja mata hendak memandang. Allah suka, manusia juga suka. Double bonus point!
Wallahu A'alam. Yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari kelemahan diri ini sendiri.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
No comments:
Post a Comment