Friday, 14 June 2013

Rayuanku

Bismillahirrahmanirrahim

In syaa Allah post saya kali ni pendek je. Lebih bernada rayuan dari biasa. 

Kepada kaum bani Adam, 
Saya mohon sangat, jangan pernah mengusik kuntuman bunga di taman kalau tiada niat ingin memetiknya. Ya Allah, saya mohon jangan pernah bagi harapan pada wanita. Tambahan lagi, kalau berniat ingin mempergunakannya sahaja. Wal 'iyazu billah. Mana pergi lelaki yang seharusnya bertindak sebagai pelindung wanita? Kenapa lelaki semua kini hanya tahu ingin menghancurkan diri dan hati wanita?  Jangan gelak atas tangisan wanita. Ingatlah, dunia dan kehidupan tidak selalu berpihak pada kita. Jangan sampai satu hari nanti segala apa yang kita lakukan kena tempias nya semula pada muka kita. Pada waktu, jangan hendak menyesal atau menangis lagi. Semuanya tidak bermakna lagi. Mungkin sekarang awak semua boleh gelak atas tangisan wanita yang telah disakiti itu, tapi bila awak semua sudah mempunyai anak, jangan nangis bila harus mengesat air mata nya kerana dikecewakan oleh lelaki yang tidak berhati perut dan berperikemanusiaan ini. Tambahan juga, wahai kaum bani Adam, berkahwin tidak hanya didasari oleh rasa saling sayang menyayang. Jangan harap ingin bahagianya rumahtangga, kalau diri tidak ditingkatkan, dan ego tidak dimusnahkan. Jangan disebabkan egomu, rumah tanggamu hancur lepuh. 

Kepada kaum Hawa pula,
Jangan senang terpedya dengan janji manis lelaki yang belum sah menjadi milik kita. Kalau dengan kita sekarang dia boleh mempermainkan, tidak mustahil bila berumah tangga nanti, tiadanya seorang khalifah yang bertindak sebagai ketua keluarga. Tingkatkan perisaimu. Biar mereka harus bersusah payah sebelum mendapatkan dirimu. Jangan mudah bagi mereka untuk mendapatkanmu. Kerana dengan mudah juga mereka akan menghancurkan hatimu. Jangan pernah meletakkan harapan setinggi gunung pada mereka, Moga Allah sentiasa melindungi wanita wanita ini. Dirimu sangat berharga, jagalah dirimu dan cintamu. Biar ianya hanya diberikan kepada yang sudah halal buatmu. 

Maafkan saya, andai ada yang tersinggung. Maaf juga seandainya post ini lebih berbaur rayuan dan ada pihak yang tidak senang dengannya. Cuma diri yang kerdil ini hanya ingin memberikan kesedaran kepada semua termasuk diri ini yang senang terlalai dengan bomohan cinta. Moga Allah lindungi hati hati kami semua. Amin. Sampai sini sahaja post ringkas saya. Segala kesalahan datang dari kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari Pemilik Cinta yang sejati. Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment