بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
Alhamdulillah, syukur yang disandarkan hanya padaNya. Tiada Tuhan melainkan Allah swt, dan nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
In syaa Allah hari ini saya akan menyambung post mengenai cita-cita saya.
3. Baik dalam menjadi anak kepada Umi dan Ayah.
Saya teringat akan kata-kata seorang teman saya,
'Selagi ada umi dan ayah, mudah bagi kita untuk masuk syurga."
Allahu Akbar! Ramai anak yang terlupa akan ini. Berbuat baik kepada ayah dan umi la yang paling utama dan penting. Salurkan rasa sayang pada yang selayaknya. Cakaplah I LOVE YOU pada mereka. Kenapa malu? Mereka la yang sepatut dan selayaknya untuk menerima kata i love you ini. Ramai yang sering berkata nak jadi yang sholehah buat bakal suami kita. Saya tidak kata ini salah, malah digalakkan. Tapi persoalannya, sudah solehahkah kita untuk ayah dan umi? Kekasih yang utama selepas Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Selagi ada ayah dan umi didunia ini. buatlah sebanyak kebaikan pada mereka. kerana mereka lah kunci untuk kita semua masuk ke syurga. Tambahan juga kalau hendak dibandingkan kebaikan kita kepada kebaikan yang telah mereka curahkan sejak dari bayi lagi, sungguh tak terbalas.
Ya Allah, haramkanlah wajah kedua umi dan ayahku dari api neraka. ampunilah dosa mereka ya Allah, sesungguhnya mereka sangat baik kepadaku. Pandanglah mereka dengan kasih dan rahmatMu ya Allah. Amin ya Ra bbal 'alamin.
4. Baik kepada bakal suami
Cita-cita saya tinggi. Saya nak khatam Al-quran sebelum bernikah (mohon doa ye). Saya nak jadi isteri yang sholehah untuk suami saya. Siapa yang taknak kan? Semua nak jadi yang baik untuk bakal suami kita. Tapi masalahnya bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk bakal zauj? Saya suka membaca, jadi saya selalu baca buku-buku mengenai pernikahan. Teman-teman saya sering kata, ' oh syafiqah dah tak sabar nak kahwin la ni. ' Masalahnya bukan saya tidak sabar. Cuma jodoh itu ditangan Allah, bila-bila masa dia boleh datang. Dari kelam-kabut kan lebih baik mulakan persiapan dari sekarang. Bermacam jenis buku saya baca, dari mengenai kahwin awal sehinggalah mengenai masalah masyarakat yang tidak berkahwin. Ini semua persiapan.Tetapi Allah Maha Mengetahui. Walau saya rasa seperti dah bersedia, tapi kalau Allah tidak kehendaki, maka lagi lama lah kan. Yang penting sabar. Sheikh Umar pernah kata, "Jangan khuatir kalau tidak kahwin di dunia, mana tahu di syurga nanti, kita dijodohkan dengan para sahabat dan wali Allah yang tidak kahwin." Allahu Akbar! :')
ربنا هب لنا من ازواجنا وذرياتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما . امين .
5. Baik kepada masyarakat
Imam Muda Nazrul pernah kata :
'Jangan takut terbang tinggi demi agama."
Jadi cita-cita saya, saya nak jadi baik untuk masyarakat di luar sana. Banyak yang memerlukan pertolongan kami semua. Tapi, tak ramai yang sudi menghulurkan pertolongan. Hanya tahu untuk me'label' dan mengutuk je. Tak usah sebegitu. Hulurkan tangan dan bantu mereka untuk naik semula. Saya pegang pada satu prinsip :
' Semua manusia berpotensi untuk menjadi baik, cuma sekeliling yang mendorongnya untuk jadi baik atau sebaliknya. Jadilah sekeliling yang positif supaya dapat sama-sama menaikkan nama Islam semula. '
Ada satu peristiwa yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk membantu masyarakat luar. Ada seorang teman ini, sangat baik sekali, tetapi kerana pengaruh disekelilingnya yang negatif yang telah mendorongnya ke arah kemungkaran. Lalu menyebabkan beliau harus menjalani sesi kaunseling. Terus ia membuatkan saya ingin jadi kaunselor. Saya ingin menolong mereka. Semua nya baik. Cuma tiada yang nak beri mereka nasihat dan bantuan. Saya percaya semua orang baik.
Pernah sekali, kami semua disuruh tulis moto hidup kami didalam kertas, lalu saya tulis,
Ingin jadi kaunselor penjara.
Namun, mungkin mereka tidak faham, lalu saya ditertawakan. Pada masa itu, saya rasa betul-betul hampa dan seakan ingin putus asa, namun semangat saya masih juga berkobar untuk jadi kaunselor. Saya ingin berkhidmat pada masyarakat. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin.
Semoga sama-sama dapat kita menjulang semula panji kemenagan Islam yang merupakan hak milik kita. Takbir! ALLAHU AKBAR!
Segala yang baik dari Allah swt dan segala kekurangan adalah dari kelemahan diri ini.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
No comments:
Post a Comment