Tuesday, 8 July 2014
Budak hingusan
Dalam aku membisu itu, otakku ligat berfikir. Memerhati. Sungguh bertafakkur melihat alam ini lebih kugemari dari berkata apa yang entah tidak memberiku kesan. Semakin aku senyap, semakin kuat kedengaran suara herdikan mereka. Kadang aku terpukul juga dengan kata kesat mereka. Tapi, hendak dibalas, apa yang aku dapat? Habuk pun tidak. Malah mahkota personaliti ku yang akan merundum jika ikut sama mereka. Tergurisnya hatiku usah ditanya berapa kali. Kadang aku rasa ingin lari, jauh dari binatang yang hanya bertopengkan manusia. Yang hanya tahu meranap orang lain lebih dari diri sendiri. Cermin orang lain hanya dilihat retak tiada faedahnya, tapi cermin yang dibawa mereka dilihat bagai permata berkilau seluruh alam. Tertawa aku melihat gelagat mereka yang tiada puasnya mencari salah orang lain. Namun dalam tawaku itu, terselit seribu luka yang ubatnya apa ku jua tidak pasti. Mungkin memaafkan itulah ubatnya. Sekarang, ianya seakan mengajar aku untuk tidak memberikan anakku pada sembarang orang kerna khuatiri diculiknya. Tetapi hanya memberikan kepercayaanku kepada yang sepatutnya, yang diketahui tidak akan pernah khianat. Semakin aku membesar, semakin ku pelajari, dunia ini hanyalah mainan, Teman yang ada hanyalah gurauan. Engkau tak perlu lagi beribu kawan mengelilingimu, yang hanya kau perlu seorang sahabat yang dapat membimbingmu. Usah khuatir jika akhirnya perlu sendirian, kerna Tuhanmu ada, selalu ada.
Berakhirnya segala herdikan bilamana kembalinya senyap lorong itu. Erti kedamaian dapat kurasai. Tapi bilamana taufan mula menyerang, aku kembali menjadi budak hingusan yang dikata mereka tidak memahami dunia ini, yang terpuruk di sampah-sarap tak diendah siapa.
Wednesday, 2 July 2014
Bertahajjud mencari ketenangan
Malam itu suasana sepi saat ku bangun dari tidur, tidak seperti biasa. Entah kenapa, sukar bagiku untuk menyusun langkah, mengumpulkan kekuatan untuk pergi berwudhu. Lesu aku terduduk diatas tikar solat yang berwarna biru itu. Airmataku deras mengalir bagai tidak kenal erti henti. Aku lemah. Berita yang ku terima semalam, membuatkan seluruh anggotaku terketar lemah. Hanya tiga patah perkataan namun ia mampu menghiris hati si naif ini. Sakitnya kaki yang kualami, tidak sesakit ma'nawi yang kurasai. Aku terpinga-pinga bila si dia mengatakan sudah ada yang dihati. Saat aku sudah bulatkan suara untuk 'masuk meminang' , saat itu jugalah kekecewaan yang selamanya harus kutanggung. Tiada kata yang mampu ku ungkap, hanya mampu tersenyum membalas pesanan whatsapp nya. Ya Allah, hebatnya ujianMu. Disebalik senyuman yang ku hantar, seribu satu perasaan yang sedang bergelojak didalam hatiku. Emosi ku sangat terganggu. Aku kecewa, namun ke sedar ku harus pasrah. Menerima segala takdirnya tanpa menyoal. Bukti hamba yang setia mentaatiNya. Namun, tidak semudah yang dikata. Kekecewaan yang dirasa tidak dapat diukur sakitnya dengan kata kata.
Lalu, aku membetulkan telekung ku dan bersiap-siap untuk bertemu Sang Pencipta.
Ya Allah, dalam aku bertahajjud padaMu ini, ku mohon Engkau berikanlah ketenangan kepada hatiku ini, engkau permudahkanlah untuk hambaMu yang daif ini menerima selalu takdirMu. Pada malam yang Engkau akan menjawab segala doa hambaMu, kumohon kekuatan dariMu, janganlah Kau biarkan aku berjalan melalui ujian ini tanpa kekuatanMu. Engkau sahaja yang layak aku bersandar kerana Engkau sahajalah yang kekal selamanya. Ku serahkan kembali hatiku ini kepada Pemiliknya yang sebenar. Ya Allah, istajib dua'i.
Sehabisnya berdoa, saat itu ku sedar akan kesilapan lalu ku, memberikan sekeping hati ini kepada yang tidak sepatutnya. Ku pasrah.
Monday, 30 June 2014
Sahabat yang sangat dirindui
Semuanya sudah berubah
Sekelip mata sahaja berubah
Diriku bagaikan bayang-banyang
Yang mengejar entah apa
Ku jua tidak pasti.
Persahabatan
yang terikat sekian lamanya
Terputus
Entah tergantung
Ku cuba perbaiki
Tapi sendiri tidak tahu silapku dimana
Semakin ku cuba
Kejayaan semakin menjauhi.
Kerna ku sayang engkau
Sayang persahabatan ini
Ku akur,
Masa berubah
Begitu juga keadaan yang membawa sekali perasaan
Berubah kadang kearah
Yang lebih baik
Atau kepada yang tidak dikehendaki.
Sahabat
Kuucapkan sayang
Bukan hanya kerna ku sayang
Tetapi kerna sayangku ini berpaksikan kerana Allah.
Selalu ku rasa tidak layak bersamamu
Kerna engkau bagai si merak
Aku bagai si gagak
Tiada pernah seganding.
Ku selalu tersenyum gembira melihat engkau dikerumuni ramai
Sedangkan aku,
Terduduk dihujung jalan
Tiada yang memerhati.
Biar diri tidak diendah
Asal engkau senantiasa berada diatas
Disukai ramai
Kerna engkau layak.
Biar aku duduk bersendirian
Dihujung sana
Asal saja aku melihat kau gembira
Ditengah lautan manusia.
Ku sayang engkau sahabat.
Sunday, 16 February 2014
Cinta Tuhan
https://soundcloud.com/crewselawat/cinta-tuhan
Cinta Tuhan (ost Penyaksian Cinta)
Dedebu cinta yang tersisa didada
ku cuba tuk menerjah yg terindah
tak tersua
sehingga ku sedari
hanya satu yang tertinggal
sehingga ku fahami
sanya hanya Dia yang mencintai
tangisan hamba
merindui
ambillah aku kembali
jangan biarkan aku sendiri
mengerti cinta tak pernah mungkin
aku mengemis depanMu Tuhan
biar nafas terhenti
aku masih tegar berdiri
atas sebuah janji
akan kalam dan kekasih
kulalui
penyaksian cinta ini
Cinta Tuhan
yang kulupakan
Cinta Tuhan
yang kuketepikan
Thursday, 6 February 2014
ingin juga ku ke Aqsa
Bismillahirrahmanirrahim,
Baitul Maqdis
Siapa yang tidak mahu pergi menziarahi tempat dan negeri yang suci ini kan? Sabda baginda sallallahu alaihi wasallam; " Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500."
kali solat. (Riwayat at-Tabarani)
Monday, 3 February 2014
Ukhuwwah towards Ilahi
Assalamualaikum wr wb,
Alhamdulillah 5 hari yang lepas seorang teman dari Malaysia ada mengajakku untuk ke mukhayyam ini. Sebuah mukhayyam dimana empat mantiqah dari Urdun bergabung dan mengumpulkan seramai 320 akhawat dengan bertemakan ukhuwwah. Ma shaa Allah kegembiraan yang tak dapat diungkapkan melihat ramainya akhawat berada di mukhayyam itu. Bukan sebarang mukhayyam tapi mukhayyam yang mengajar kami erti ukhuwwah dan yang sentiasa mentarbiyah hati hati kami semoga terus istiqamah dalam jalan mujahadah ini.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana memilih kami sebagai mereka yang menghadiri sebuah majlis ilmu yang sangat berharga ini. Pada mulanya aku berasa sangat nervous sebab tidak kenal sesiapa pun melainkan teman teman yang dari mantiqah ku. Itu pun kami hanya mengambil seramai 15 orang sahaja dari 320 akhawat itu. Bayangkan, diriku yang datang dari negara lain, memang tak terkata la segannya tu. Tapi temanku ini sering kata; "Tak apa, nanti kenallah ramai akhawat disana. Allah pasti permudahkan nya jalan taaruf keranaNya ini." Dengan kata semangat tu, aku pun mulakan perjalanan mukhayyam selama 3 hari ini.
Hari pertama, kami berkumpul dirumah akhawat akhawat Irbid. Memang segan sangat waktu itu. Tapi kami gagahkan juga. Malam pertama je, banyak input yang kami terima mengenai ukhuwwah. Antaranya ialah definasi ukhuwwah itu sendiri yang diambil dari Imam Hassan Albanna:
Ukhuwwah Islamiyyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
Selain itu, kami bertaaruf diantara kami yang menginap dirumah itu. Kerana setiap rumah akan menempatkan dalam 10 akhawat. Selepas bertaaruf, kami pun disuruh untuk sentiasa tajdid niat sepanjang mukhayyam ini. Lalu, ada sedikit tazkirah dari salah seorang ukhti yang menerangkan mengenai ukhuwwah itu sendiri. Kami semua disuruh untuk berikan makna ukhuwwah dalam satu perkataan. bagiku, ukhuwwah itu ikhlas. Ikhlas dalam mencintai antara satu sama lain keranaNya. Dengan keikhlasan inilah, pasti ukhuwwah dan keredhaanNya akan mampu dicapai. Kemudian esoknya kami semua bangun bagi qiyam. Selepas solat subuh, terus kami bersiap siap untuk ke tempat perkhemahan itu sendiri di Jerash.
Sepanjang perjalanan itu, kami disuruh untuk terus berzikir dan membaca surah kahfi kerana hari itu adalah hari Jumaat.Terasa sangat dilindugi sepanjang perjalanan kami itu. Setibanya ditempat perkhemahan itu, sudah terlihat ramai akhawat yang berada disitu. Terlihat kasut tersusun rapi diluar dewan. Kerana dengan susun kasut secara teratur juga suatu dakwah. Selepas selesainya pendaftaran, kami duduk didewan bagi mendengar kata kata dari seorang doctor yang walaupun beliau seorang doktor namun ilmu agamanya lebih tinggi ma shaa Allah. Seorang muslimah, ibu yang super serba boleh. Doktor itu berkongsi bersama kami mengenai hijrah dan ukhuwwah para ansar dan muhajirin yang boleh dijadikan ibrah bagi kami.
Waktu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sahabat berhijrah, mereka tinggalkan segalanya, walupun bahaya yang pasti ada mereka terus bertawakkal pada Allah. Begitu juga harusnya kita, berhijrah tinggalkan segala masa zaman jahiliyyah jangan toleh kebelakang dan terus maju kehadapan dengan bertawakkal pada Allah. Tawakal yang thabit.
Sunday, 26 January 2014
Ku ingin yang baik.
Bismillahirrahmanirrahim
Ku ingin yang baik.
Yang dapat membimbingku
Ke jalan yang diredhaiNya.
Ku ingin yang baik
Yang dapat jadi seorang ayah
Bagi anak anak sholeh ku.
Ku ingin yang baik
Yang mampu mendampingiku
Disetiap waktu
Kala aku kuat dan tika ku lemah.
Ku ingin yang baik
Yang dapat mengejutkanku
Sepertiga malam bagi menemu Sang Pencipta.
Ku ingin yang baik
Yang sentiasa mengutamakan Rabbnya
Dalam setiap apa yg dilakukan.
Ku ingin yang baik
Yang akan memimpin tgnku
Untuk masuk ke Jannah Firdausi.
Namun,
Sudah cukup baikkah diri ini?
Sudah cukup sholehahkah aku ini?
Sudah cukup muslimahkah diriku?
Ku impikan yang permata
Namun diri ini masih lagi bagai kaca
Yang jauh kebelakang
Dipenuhi titik hitam dosa semalam.
Diri ini masih lagi lemah
Dalam mujahadah menuju cinta Rabbnya.
Mampukah aku?
Diuji sedikit dengan keduniaan
Sudah jatuh lemah.
Layakkah aku mendapatkan si dia?
Siapa kita untuk mempersoalkan kelayakan
Akan ku terus lagi berusaha
Menjadi sebaik wanita
Bukan pada pandangan manusia
Namun pada pandangan Allah.
Walau seringkali aku jatuh rebah
Takkan pernah sekali ku berhenti
Bermujahadah.
Memang payah
Tetapi ganjarannya lebih indah dari seluruh dunia ini.
Wallahu A'lam.