Tuesday, 8 July 2014
Budak hingusan
Dalam aku membisu itu, otakku ligat berfikir. Memerhati. Sungguh bertafakkur melihat alam ini lebih kugemari dari berkata apa yang entah tidak memberiku kesan. Semakin aku senyap, semakin kuat kedengaran suara herdikan mereka. Kadang aku terpukul juga dengan kata kesat mereka. Tapi, hendak dibalas, apa yang aku dapat? Habuk pun tidak. Malah mahkota personaliti ku yang akan merundum jika ikut sama mereka. Tergurisnya hatiku usah ditanya berapa kali. Kadang aku rasa ingin lari, jauh dari binatang yang hanya bertopengkan manusia. Yang hanya tahu meranap orang lain lebih dari diri sendiri. Cermin orang lain hanya dilihat retak tiada faedahnya, tapi cermin yang dibawa mereka dilihat bagai permata berkilau seluruh alam. Tertawa aku melihat gelagat mereka yang tiada puasnya mencari salah orang lain. Namun dalam tawaku itu, terselit seribu luka yang ubatnya apa ku jua tidak pasti. Mungkin memaafkan itulah ubatnya. Sekarang, ianya seakan mengajar aku untuk tidak memberikan anakku pada sembarang orang kerna khuatiri diculiknya. Tetapi hanya memberikan kepercayaanku kepada yang sepatutnya, yang diketahui tidak akan pernah khianat. Semakin aku membesar, semakin ku pelajari, dunia ini hanyalah mainan, Teman yang ada hanyalah gurauan. Engkau tak perlu lagi beribu kawan mengelilingimu, yang hanya kau perlu seorang sahabat yang dapat membimbingmu. Usah khuatir jika akhirnya perlu sendirian, kerna Tuhanmu ada, selalu ada.
Berakhirnya segala herdikan bilamana kembalinya senyap lorong itu. Erti kedamaian dapat kurasai. Tapi bilamana taufan mula menyerang, aku kembali menjadi budak hingusan yang dikata mereka tidak memahami dunia ini, yang terpuruk di sampah-sarap tak diendah siapa.
Monday, 30 June 2014
Sahabat yang sangat dirindui
Semuanya sudah berubah
Sekelip mata sahaja berubah
Diriku bagaikan bayang-banyang
Yang mengejar entah apa
Ku jua tidak pasti.
Persahabatan
yang terikat sekian lamanya
Terputus
Entah tergantung
Ku cuba perbaiki
Tapi sendiri tidak tahu silapku dimana
Semakin ku cuba
Kejayaan semakin menjauhi.
Kerna ku sayang engkau
Sayang persahabatan ini
Ku akur,
Masa berubah
Begitu juga keadaan yang membawa sekali perasaan
Berubah kadang kearah
Yang lebih baik
Atau kepada yang tidak dikehendaki.
Sahabat
Kuucapkan sayang
Bukan hanya kerna ku sayang
Tetapi kerna sayangku ini berpaksikan kerana Allah.
Selalu ku rasa tidak layak bersamamu
Kerna engkau bagai si merak
Aku bagai si gagak
Tiada pernah seganding.
Ku selalu tersenyum gembira melihat engkau dikerumuni ramai
Sedangkan aku,
Terduduk dihujung jalan
Tiada yang memerhati.
Biar diri tidak diendah
Asal engkau senantiasa berada diatas
Disukai ramai
Kerna engkau layak.
Biar aku duduk bersendirian
Dihujung sana
Asal saja aku melihat kau gembira
Ditengah lautan manusia.
Ku sayang engkau sahabat.