Thursday, 6 February 2014

ingin juga ku ke Aqsa


Bismillahirrahmanirrahim,

Baitul Maqdis

Siapa yang tidak mahu pergi menziarahi tempat dan negeri yang suci ini kan? Sabda baginda sallallahu alaihi wasallam; Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500."
kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Ganjaran solat didalamnya, terlalu tinggi untuk tidak kita laksanakannya. Selain itu, ia juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum semua disuruh untuk menghadap kaabah. Tidak dinafikan, memang niat hatiku benar benar ingin pergi kesini. Namun, ada yang menghalang aku dari pergi kecuali satu hari nanti bila kemenangan itu sudah berada ditangan orang Islam. 

Seorang ukhti ada berkongsi bersamaku. Dia sedih melihat bagaiman umat Islam boleh pergi ke Palestine dan menyerahkan duit secara terus langsung kepada Israel. Yang dengan duit itu, mereka gunakan untuk menjatuhkan dan membunuh saudara seislam kita di Syria, Palestine, Mesir dan lain lain lagi. Selain itu juga, bila ada cop di passport, cop Israel, seakan kita mengiktiraf bahawa negeri Palestine itu adalah Isarel punya. Walhal, negeri itu masih lagi negeri Palestine dan tak akan boleh jadi kepunyaan Israel.  

Mungkin setiap orang ada pendapatnya sendiri. Namun, aku berpegang pada pendapat ukhti ini dan juga pendapat Ustaz Hasrizal Jamil didalam bukunya, Rindu Bau Pohon Tin : 

"Jangan tanya keinginan hati, jawapannya pasti, Tetapi ana menghormati fatwa masyayikh kita." Saya membalas lesu. 
"Fatwa yang mana?" Sahabat saya kurang pasti. 
"Haram melawat masjid Al-Aqsa kecuali dengan maksud jihad membebaskannya," saya menjawab.
"Oh ya, Ana pun ada mendengarnya. Apa alasan fatwa ini?" tanyanya lagi.
"Lawatan sebagai pelancong ke Masjid Al-Aqsa yang terjajah, mustahil berlaku kecuali kita meminta visa dan izin daripada kerajaan regim haram Zionis itu. Setiap application untuk ke Palestine adalah pengiktirafan kita kepada ketuanan Yahudi yang sedang menjajahnya. Malah setiap permohonan yang dicas USD100 itu menjadi sumber pendapatan kerjaan Zionis," saya berkongsi apa yang saya tahu. (petikan Rindu Bau pohon Tin; 32-33)

Ini hanya pendapat individu, namun dalan hal sebegini bagi saya, adalah harus kita melihat pada aulawiyyat, yang mana lebih patut kita dahulukan. Melihat situasi dunia sekarang, melihat saudara seislam kita yang ditindas dan dianiaya pada negeri sendiri, adalah tidak adil untuk kita fikirkan kepentingan sendiri atas kepentingan mereka. Memang tidak dinafikan bumi yang mulia itu benar benar memanggil kita untuk menziarahinya. Moga dengan ziarah itu, ia akan dapat menaikkan lagi darjat kita disisi Rabb, tapi bagaimana pula hablun minnanas? Ikatan antara sesaudara kita? Kita seakan memberi sokongan pada Israel untuk terus memerangi saudara islam kita. Sanggupkah kita menjana Israel untuk perkara yang setiap hari kita berdoa agar memberi kemenangan pada pihak Islam? Renungkanlah. 

In sha Allah. aku yakin aku akan jejakkan kakikku di baitul maqdis dengan kemenangan itu berpihak pada orang islam dan orang Islam yang berkuasa atas negeri itu. Mungkin, jika aku ingin pergi pun, bukanlah sebagai pelancong tetapi melalui badan badan yang ingin menghulurkan bantuan kepada umat islam, kepada saudara kita disana. in shaa Allah. 

Moga kemengan itu berpihak pada Islam, dan moga kita dijauhkan dari menjadi batu bata titik musuh untuk menjatuhkan Islam. Na'uzubilla min zalik.

P/S : ini sekadar pendapat yang aku pegang. Lain orang lain pendapatnya. aku menghormati pendapat yang lain. Wallahu A'alam. 

Yang baik semua datang dari Allah, yang silap semua datang dari kekhilafan diri sendiri. 

Wasalam.

No comments:

Post a Comment