Tuesday, 5 May 2015
Sampai bila..
Sampai bila...
sampai bila harus aku terikat dengan perasaan sendiri
mengiakan tidak
menafikan tidak sesekali.
Sampai bila
harus aku pendamkan apa yang dirasa
memenjarakan sesuatu yang tidak bersalah
fitrah diri dalam menyintai.
Sampai bila
mesti aku bergantung
bergantung harap pada engkau
yang tidak pernah memahami
tidak mempunyai hati perut
dicalit hati ini
dengan dakwat hitam yang tak mungkin hilang.
janji sebesar gunung
tapi hampas tidak didapati.
sekejap datang
sekejap hilang
entah bagai rembulan pun tidak
kerna ia juga tahu untuk muncul bila malam tiba.
Sampai bila
terpaksa aku sebegini
memendamkan sakit
yang tiada siapa ketahui.
tersenyum manis melihatkan diri
digenggamnya sebilah pisau
menanti untuk ditusuk hati ini.
Sudah sudahlah hati
makin lama kau tangisi
hanya sakit yang engkau rasai.
ikatlah rasa ini dengan doa
bergantung harap terjadinya keajaiban
bila Sang Pemilik hatimu
memberikan yang terbaik buatku.
Monday, 30 June 2014
Sahabat yang sangat dirindui
Semuanya sudah berubah
Sekelip mata sahaja berubah
Diriku bagaikan bayang-banyang
Yang mengejar entah apa
Ku jua tidak pasti.
Persahabatan
yang terikat sekian lamanya
Terputus
Entah tergantung
Ku cuba perbaiki
Tapi sendiri tidak tahu silapku dimana
Semakin ku cuba
Kejayaan semakin menjauhi.
Kerna ku sayang engkau
Sayang persahabatan ini
Ku akur,
Masa berubah
Begitu juga keadaan yang membawa sekali perasaan
Berubah kadang kearah
Yang lebih baik
Atau kepada yang tidak dikehendaki.
Sahabat
Kuucapkan sayang
Bukan hanya kerna ku sayang
Tetapi kerna sayangku ini berpaksikan kerana Allah.
Selalu ku rasa tidak layak bersamamu
Kerna engkau bagai si merak
Aku bagai si gagak
Tiada pernah seganding.
Ku selalu tersenyum gembira melihat engkau dikerumuni ramai
Sedangkan aku,
Terduduk dihujung jalan
Tiada yang memerhati.
Biar diri tidak diendah
Asal engkau senantiasa berada diatas
Disukai ramai
Kerna engkau layak.
Biar aku duduk bersendirian
Dihujung sana
Asal saja aku melihat kau gembira
Ditengah lautan manusia.
Ku sayang engkau sahabat.