Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb,
Alhamdulillah 5 hari yang lepas seorang teman dari Malaysia ada mengajakku untuk ke mukhayyam ini. Sebuah mukhayyam dimana empat mantiqah dari Urdun bergabung dan mengumpulkan seramai 320 akhawat dengan bertemakan ukhuwwah. Ma shaa Allah kegembiraan yang tak dapat diungkapkan melihat ramainya akhawat berada di mukhayyam itu. Bukan sebarang mukhayyam tapi mukhayyam yang mengajar kami erti ukhuwwah dan yang sentiasa mentarbiyah hati hati kami semoga terus istiqamah dalam jalan mujahadah ini.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana memilih kami sebagai mereka yang menghadiri sebuah majlis ilmu yang sangat berharga ini. Pada mulanya aku berasa sangat
nervous sebab tidak kenal sesiapa pun melainkan teman teman yang dari mantiqah ku. Itu pun kami hanya mengambil seramai 15 orang sahaja dari 320 akhawat itu. Bayangkan, diriku yang datang dari negara lain, memang tak terkata la segannya tu. Tapi temanku ini sering kata; "Tak apa, nanti kenallah ramai akhawat disana. Allah pasti permudahkan nya jalan taaruf keranaNya ini." Dengan kata semangat tu, aku pun mulakan perjalanan mukhayyam selama 3 hari ini.
Hari pertama, kami berkumpul dirumah akhawat akhawat Irbid. Memang segan sangat waktu itu. Tapi kami gagahkan juga. Malam pertama je, banyak
input yang kami terima mengenai ukhuwwah. Antaranya ialah definasi ukhuwwah itu sendiri yang diambil dari Imam Hassan Albanna:
Ukhuwwah Islamiyyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
Selain itu, kami bertaaruf diantara kami yang menginap dirumah itu. Kerana setiap rumah akan menempatkan dalam 10 akhawat. Selepas bertaaruf, kami pun disuruh untuk sentiasa tajdid niat sepanjang mukhayyam ini. Lalu, ada sedikit tazkirah dari salah seorang ukhti yang menerangkan mengenai ukhuwwah itu sendiri. Kami semua disuruh untuk berikan makna ukhuwwah dalam satu perkataan. bagiku, ukhuwwah itu ikhlas. Ikhlas dalam mencintai antara satu sama lain keranaNya. Dengan keikhlasan inilah, pasti ukhuwwah dan keredhaanNya akan mampu dicapai. Kemudian esoknya kami semua bangun bagi qiyam. Selepas solat subuh, terus kami bersiap siap untuk ke tempat perkhemahan itu sendiri di Jerash.
Sepanjang perjalanan itu, kami disuruh untuk terus berzikir dan membaca surah kahfi kerana hari itu adalah hari Jumaat.Terasa sangat dilindugi sepanjang perjalanan kami itu. Setibanya ditempat perkhemahan itu, sudah terlihat ramai akhawat yang berada disitu. Terlihat kasut tersusun rapi diluar dewan. Kerana dengan susun kasut secara teratur juga suatu dakwah. Selepas selesainya pendaftaran, kami duduk didewan bagi mendengar kata kata dari seorang doctor yang walaupun beliau seorang doktor namun ilmu agamanya lebih tinggi ma shaa Allah. Seorang muslimah, ibu yang super serba boleh. Doktor itu berkongsi bersama kami mengenai hijrah dan ukhuwwah para ansar dan muhajirin yang boleh dijadikan ibrah bagi kami.
Waktu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sahabat berhijrah, mereka tinggalkan segalanya, walupun bahaya yang pasti ada mereka terus bertawakkal pada Allah. Begitu juga harusnya kita, berhijrah tinggalkan segala masa zaman jahiliyyah jangan toleh kebelakang dan terus maju kehadapan dengan bertawakkal pada Allah. Tawakal yang thabit.
Kemudian beliau berkongsi mengenai ciri ciri orang Ansar yang menerima para muhajirin. Sifta sifat mereka sangat terpuji hingga Allah angkat darjat mereka dengan menyebut mnengenainya didalam surah al-hasyr ayat 9;
((Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.)) (surah alhasyr: 9)
Yang dari ayat ini kita boleh ambil 4 sifat para ansar yang patut dicontohi dalam berukhuwwah:
1. Mereka beriman
2. Mencintai saudaranya
3. Ketulusan hati
-tidak ada rasa hasad dan dengki terhadap saudaranya
4. mengutamakan saudaranya (muhajirin) mengatasi diriniya sendiri walau mereka sangat memerlukan.
Dari sifat sifat ini lah, yang kita nampak sifat sebenar dalam berukhuwwah. Moga kita semua dapat mencontohi sifat sifat ini. Amin.
Seterusnya program berterusan. Malamnya kami ada malam asperiasi iman. Dimana setiap kumpulan yang telah ditetapkan harus buat persembahan. Mengenai mukhayyam ini yang sangat diriku suka ialah setiap kali ada aktiviti pasti kumpulan akan diubah supaya dapat berkumpulan dengan akhawat yang berbeza. Malam itu, yang paling meneyentuh hati ini ialah bila kumpulan tahun akhir medik buat persembahan. Walaupun tidaklah sehebat mana, tapi kerana persembahan itu dari hati, akan sampai jua ke hati. Melihat wajah satu satu terukir senyuman. Disebalik senyuman itu tersimpan seribu satu peluh kesah dan hiasana warna warni dalam meniti jalan menuntut ilmu. Selama 6 tahun mereka bertungkus lumus untuk sampai hingga ke peringkat ini. Satu senyuman puas nampak tersergam indah diwajah mereka. ma shaa Allah! Terasa sangat semangat tu transfer sikit kepadaku. Walaupun tak pernah kenal pun mereka siapa, namun kerana ikatan ukhuwwah keranaNya, maka aku pun turut merasakan tempias tangis kegembiraan untuk mereka. Wajah wajah yang sudah bersedia untuk menghadap dunia luar dan masyarakat luar yang menantikan kepulangan mereka. Alf mabrook!
Akhirnya sampai lah kepada hari yang terakhir. Terasa sedih sangat untuk berpisah jasad dengan mereka. Oh ya lupa untuk aku tekankan satu perkara. Kebanyakan akhawat yang berada disitu adalah pelajar pelajar medik dan dentist. Namun akhlaq mereka lebih tinggi dan sifat mereka lebih aku sanjungi. Terasa malu melihat diri sendiri yang pelajar sharia namun dikalahkan oleh mereka. Terasa bahawa aku rugi tersangat rugi. Moga ini menjadi satu dorongan untuk kita semua jadi baik dan lebih baik.
Kesimpulannya, ukhuwwah itu bukanlah kerana kita selalu berjumpa namun ukhuwwah yang sebenar walau terpisah beribu batu, namun ikatan yang dipegang erat keranaNya itu lebih kuat dan mampu mengatasi jarak batu. Selain itu, mengenai pembinaan masjid yang dekat dengan kita iaitu, masjid hati. Yang selalu memerlukan tarbiyyah untuk selalu terus bermujahadah dalam jalan menujuNya. Juga, ukhuwwah itu adalah sebuah manifestasi iman.
Slot yang terakhir, ada seorang ukht berkongsi; letakkan tangan di hati kita dan sebut kalimah Allah berkali kali hingga dapat rasakan getaran dijiwa.
Alhamdulilah atas peluang ini. Moga Allah terus menthabitkan hati hati kami dalam istiqamah bermujahadah padaNya. Dengan menjadikan Al-quran sebagai teman kita. In shaa Allah kheir! jujur ku kata, diriku sangat merindui akhawat akhawat yang dikasihi. Moga Allah sentiasa memelihara kamu semua wahai bidadari bumi yang dirindui syurga.
Segala yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari khilaf diri sendiri yang masih penuh dosa.
Astagfirullahalazim~
Wasalam.