بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah kerana diberi peluang utk berkhidmat kepada anak yatim. Pada hari khamis yang lepas (27 june 2013), saya dan teman-teman dari IBTASIM (a non-profit organization consist of 5 wak tanjong's almuni who do small programmes to help the society.) Alhamdulillah diberikan kesempatan utk buat aktiviti di Darul Ihsan libanat. Pada waktu diberitahu bahawa kami semua sudah diberikan slot utk melakukan aktiviti, pada mulanya ada teman saya yang agak keberatan utk melakukannya, sebab esok harinya kami ada pre-departure camp. Tetapi, kami alhamdulillah tekad untuk melakukannya. Kerana bukan selalu kita dapat berkhidmat utk anak yatim. Besar pahalanya. Selagi ada peluang, saya kata pada teman saya, jom kita ambil kesempatan ini. In syaa Allah Allah pasti tolong.
Walaupun agak last minute alhamdulillah kami dapat lakarkan plan yang lengkap bagi aktiviti yang ingin dilakukan selama dua jam.
Pada hari tersebut, kami berkumpul awal pagi kerana banyak juga benda belum settle. Seram juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah kerana sudah ditanamkan niat yang baik, Allah bantu permudahkan. Tepat jam 3.30pm, kami sudah berada di perkarangan Darul Ihsan. Saat itu, perasaan saya bercampur baur. Ya Allah, gementar, takut, gembira, senang kata macam macam perasaan la. Tapi yang paling sangat dirasai ialah perasaan gementar tu. Kerana saya harus bentangkan mengenai Nabi Muhammad sebagai anak yatim. Gementar. Walaupun umur yang akan ikut serta ialah 10 tahun kebawah, tapi tetap saya gementar. Sebab mereka ni, ma syaa Allah masih comel. Dan harus melayani mereka bukan seperti yang selalu kita lakukan pada program sebelumnya. Tapi alhamdulillah Allah bantu. Semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak di sana semua dapat menerima kehadiran kami dengan tangan terbuka. Saya betul betul rasa sayaang sangat dengan mereka walau hanya mampu meluangkan masa selama dua jam sahaja.
Mereka semua anak anak yang sangat istimewa, sebabnya, Allah jaga mereka. Sepertimana Allah jaga Nabi Muhammad selepas kematian ibu ayah nya, begitu juga anak anak ni yang sangat suci murni, Allah pasti jaga. Buktinya, ada masyarakat yang sanggup membina tempat teduh bagi mereka, derma makanan dan sebagainya. Ma syaa Allah. :') waktu saya dan teman teman hendak pulang, mereka semua memeluk erat kami dan tanya "akak bila akak nak datang lagi?" Ya Allah,.soalan dari anak kecil yang tidak berdosa, dari seorang anak kecil yang mempunyai hati yang mulia. Saya tidak sanggup utk menjawabnya dan hanya mampu mengalirkan airmata. Berat sangat hati saya hendak melangkah pergi. Kalau boleh, ingin sahaja saya bersama mereka setiap waktu. Tapi Allah lebih Maha Mengetahui.
Ya Allah, Kau lindungilah mereka. Bimbinglah mereka ke jalan yang Engkau Redhai. Ya Allah, ampunilah dosa dosa mereka. Jangan lah Engkau biarkan mereka sendirian tanpa CintaMu walau seketika.
Ya Allah, Engkau Pemilik sebenar cinta ini, sampaikanlah salam rinduku kepada mereka. Pelukkan mereka untukku dengan hangat nya CintaMu untuk mereka. Sesungguhnya hamba tinggalkan mereka dibawah jagaan Mu ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Ya Allah, Engkau Pemilik sebenar cinta ini, sampaikanlah salam rinduku kepada mereka. Pelukkan mereka untukku dengan hangat nya CintaMu untuk mereka. Sesungguhnya hamba tinggalkan mereka dibawah jagaan Mu ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment