Alhamdulillah tahun ini diri ini berpeluang untuk merasai raya haji di perantauan. Memang sangat manis melihat adat bangsa lain meraiknannya tapi juga sedih yang teramat bila mendengar takbir raya dan menyedari tiada keluarga disisi untuk sama sama menyambut raya. Kerana sudah menjadi satu kebiasaan bagi keluargaku untuk bertemu di rumah nenek dan mengeratkan lagi silaturrahmi diantara kami. Merasai rendan, ayam merah nenek. Diri ini rindu sangat. Ingin sahaja aku pulang ke Singapura namun ke sedari tanggungjawab ku dan amanah yang telah aku pikul ini, membuatku terus menetap dan kembali ke matlamat sebenar.
Bila sudah hidup di perantauan ini, baru kita sedar betapa pentingnya keluarga disisi. Penting sangat. Mereka lah sebenarnya tunggak kekuatan ita di dunia ini. Saat semua seakan menjatuhkan ita, hanya mereka sahaja yang akan terus berada disisi untuk menaikkan kembali semangat yang kadang kadang jatuh repuh. Umi, ayah, diri ini sangat merindukanmu. Ya Allah lindungilah mereka selalu di bawah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah amin.
Minggu yang lepas, ada serombongan jemaah haji di hadapan blok rumahku. Ma syaa Allah. Moga kita smeua dapat menjadi tetamuMu ya Allah. Amin!
Okayla, setakat disini post ku kali ini, in syaa Allah raya haji kali ini diriku dan teman teman akan sambut di Irbid. Mohon doanya ye, moga kami terus cekal dalam menuntut ilmu. :)
No comments:
Post a Comment