Friday, 20 May 2016
Tidak disangka
Tak sangka. Bila segala perancangan dibangku sekolah berubah bila bertemu pasangan masing-masing. Tapi lebih tidak disangka, waktu pernikahannya sama. Ya Tuhan. HikmahMu mengatasi segala perancangan hambaMu ini. Ya Tuhan, indah penetapan yang telah Engkau tetapkan. Moga hati kami meredhai.
Monday, 25 April 2016
Keasyikan
Keasyikan. Hati diwarnai keindahan cinta. Yang merasa pasti memahami. Yang belum juga pasti pernah memahami akan definasi cinta. Seawal umur hingga setuanya semua memahami. Apa itu cinta. Andai bercinta juga masih memerlukan syarat, itu belum lagi dinamakan cinta. Asyik menyemai rasa kasih. Kasih sebenar dengan Illahi. Kasih hakiki yang tidak akan mati. Sungguh aku hairan, mana mungkin manusia kejam. Sedang dunia ini penuh kasih sayang. Aku juga musykil bagaimana si bengis boleh menyinga sedangkan banyak malaikat yang mengelilingi. Engkau kata aku kolot bila bicara tentang cinta. Sedang engkau yang kolot tidak mengerti erti sebenar menjadi manusia. Dicintai dan sedia menyintai. Engkau rugi. Pergilah belajar erti cinta sebenar. Agar hati dan hidup kau lebih terpandu kepada Yang Satu. Cinta sebenar ada bersama Tuhan yang Esa. Cinta yang realiti hanya dapat disemai bila mata dibuka dan difahami dengan hati.
Sunday, 24 April 2016
Tipu lara dunia
Tipu lara dunia. Terlihat mereka senyum tapi hakikatnya hati penuh gurisan berdarah dek tohmahan si durjana. Terlihat mereka miskin, tetapi hakikatnya hati mereka selalu qanaah dengan pemberian Tuhan dan sesungguhnya mereka lebih kaya dari si kaya yang penipu. Indahnya menjadi sang buta. Yang melihat menggunakan mata hati akan keindahan Sang Pencipta. Dan betapa ruginya si manusia angkuh yang hanya melihat kerosakan yang mereka lakukan diatas tangan sendiri. Hidup penuh hipokrasi. Hidup penuh tipu daya. Entah siapa lagi yang harus dipercayai, hanya Tuhanku saja yang sentiasa disamping diri. Airmata darah sekalipun, apa yang boleh aku buat? Nasi sudah menjadi bubur. Dunia sudah nazak, manusianya sudah mati, hanya tinggal bintang buas yang tiada hati perut. Disangkanya makanan yang lazat, cuma hanyalah suatu manifestasi khayalan mereka. Yang ada hanyalah bangkai. Sampai bila harus kita bermandian pujian yang hanyalah cacian dibalik wajah manis. Hati penuh hasad. Hati penuh dengki. Inikah manusia yang cuba engkau sifatkan?! Hanyalah binatang bertopeng wali. Manis bicara, busuk hati di dada.
Aku penat untuk terus merengek bagai si bayi, mengharapkan terhentinya muslihat yang dilakukan mereka. Walau lantang kataku, tidak pernah didengari. Sungguh dunia sudah digelumungi fitnah. Sungguh kerajaan syaitan semakin membesar. Memayungi tentera angkatan mereka. Benar, mati lebih aku idamkan dari terus termandi dengan rintikan hujan fitnah. Ya Tuhan. Selamatkan kami.

Thursday, 21 April 2016
Terima kasih Tuhan menemani
Dalam kesibukan tawa ria manusia, aku pergi meninggalkan tanpa kesan. Tanpa disedari mereka. Aku mengerti akan asal usul ku. Aku mengerti akan jalan cerita hidupku. Tiada siapa yang berani mampir. Semakin aku menghampiri semakin mereka meminggir. Bukan hendak mengeluh dengan ketentuan Tuhan. Aku redha. Hati manusia siapa yang boleh ubah. Mereka tertawa keriangan. Jauh aku duduk melihat gelagat manusia. Cintakan pangkat. Cintakan keramaian. Mereka lupa, adanya sesuatu yang menanti. Adanya sesuatu yang Memerhati. Aku tidak pernah kesunyian walau selalu dipinggirkan, malah kerna adanya Tuhanku bersama, akulah manusia paling bahagia. Tuhanku tidak pernah meminggirkan walau dalam kesibukan keramaian. Tuhanku selalu ada. Menemaniku setiap masa. Tuhanku yang patut engkau cemburui, bukan aku cemburui keramaianmu. Terima kasih Tuhan.
Sunday, 7 February 2016
Zahir nampak tenang, tapi batin meronta
Bismillahirrahmanirrahim
Kehidupan. Tak semua yang kita impikan menjadi suatu kenyataan. Engkau. Aku. Dia. Semua impikan sebuah kebahagiaan bagai sebuah istana dipenuhi keemasan. Bukan tamak kepada harta dunia tapi itulah hakikat manusia yang suka pada benda yang mendamaikan. Bagai sebuah istana yang cantik zahirnya, tiada siapa tahu kesunyian didalamnya. Hanya si penghuni saja yang tahu betapa harta bukan segalanya. Betapa kedamaian yang sebenar adalah yang diidamkan setiap anak cucu Adam. Kadang, manusia terlalu menghukum dari zahir hingga mereka lupa adanya batin untuk dinilai. Setiap jendela diterangi lampu, tidak semestinya ia sebenarnya menyinari seluruh rumah itu. Bagai ditusuk keluarga sendiri, tiada siapa dapat diharapkan. Ditiupkan semangat dari Tuhan untuk terus melangkah. Walau lemah, digagahi jua. Baru kini dia sedari, bukan manusia yang menilai, bukan manusia juga yang boleh disandar, tetapi hanyalah Tuhan Yang Satu yang berhak dipinta. Moga kekuatan yang dititipkan dapat menjadi pembakar semangat si manusia yang sedang mencari kedamaian. Ya Tuhan.

Saturday, 23 January 2016
Ibrah Aqabah
Berjalan mencari ibrah, dengan niat merapatkan silaturrahmi. Alhamdulillah atas ni'matMu ini ya Tuhan. Walau hati ini tercalit sedikit kedukaan namun kebahagiaan yang dirasa mengatasi segalanya. Ibrah untuk bersyukur diatas segala ni'mat yang dipinjamkan dan selalu bersyukur tanpa mempersoalkan mengapa tiadanya sesuatu pada kita.
Sewaktu di stesen bus hendak pulang ke Amman, terlihat seorang pakcik yang sudah uzur terduduk lesu sambil lengannya penuh dengan rantai yang dibuat dari kerang yang dikutip dari pantai, Dari wajahnya terlihat wajah seorang ayah yang sibuk mencari rezeki untuk anak-anaknya. Ya Allah. Jika aku berada ditempatnya belum tentu aku cukup tabah untuk melalui semuanya.
Lalu aku pun menghampiri pakcik itu menanyakan harga rantai jualannya, dengan nada yang penuh lembut dan lesu, dijawabnya perlahan, 'sedinar anakku.' ya Allah, seingat aku ada dalam 8 utas rantai dilengannya dan sehari belum tentu terjual semua itu. Kalau dijual hanya mendapat sedinar sahaja. ya Allah. aku sungguh malu. Malu dengan Tuhan yang memberikan rezeki padaku namun kurangnya bersyukur. Memberikan rezeki pada hamba yang alpa. aku sungguh malu. Aku pun memintanya 3 utas untuk dijadikan cenderhati dari aqabah. Bila aku berikan 3dinar padanya, nampak jelas sangat terukir senyuman yang sungguh lebar menggambarkan betapa bahagianya dia. ya Allah, sekali lagi aku bagaikan dikejutkan dari mimpi. Bila kita semua sibuk membeli barang 'branded' untuk diperagakan, untuk 'show-off' pada orang lain, ada manusia lain yang sibuk mencari walau sedinar untuk memberi makan anak-anaknya. sungguh, aku tertunduk malu.
Dengan perasaan yang penuh kasihan padanya, aku terus pergi ke kedai dengan temanku untuk membelikannya sedikit makanan dan air. Bila diberikan padanya, ternampak sangat, sungguh jelas terpancar kegembiraan diwajahnya. Terus dimakan shawerma yang dibeli. Dari jauh aku lihat, sungguh nampak jelas lapar pakcik ni. ya Allah, aku insaf.
ya Allah, jadikan kami antara mereka yang selalu bersyukur dengan segala ni'mat yang Engkau pinjamkan pada kami. Limpahkanlah kurniaMu pada mereka yang memerlukan, sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Ameen.
Laut merah Aqabah yang berhadapan dengan tanah Palestine yang diambil Israel dan dimajukan dan dipanggil sebagai negeri 'Israel'.
Tuesday, 10 November 2015
kecewa
menyesal? oh pasti tidak. kau ulangi kesilapan itu lagi, manakan masih engkau rasa menyesal? dibiarkan aku sendiri di lorong sepi ditemani kegelapan malam. bukan engkau peduli. jalan terus tanpa henti seakan aku ini bayang-bayang, bila malam datang hilang bayang itu. kecewa aku dengan perubahanmu. kecewa kerana aku letakkan harapanku setinggi langit padamu. tergamak engkau biar aku jatuh. sedangkan katamu sebelum ini bagai tangan yang selalu menyambutku bila aku hampir tergelincir. aku masih berkhayal. atau sebenarnya ini sebuah realiti? ah tidak! harapanku biar ia satu buaian mimpi yang kembali indah bila pagi menyapa. tak sanggup aku melihat engkau pergi. seakan diri ini tidak lagi engkau hargai. Oh Tuhan. jangan biar aku sendiri. dakaplah aku dengan kasihMu. sungguh aku hina tanpaMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)