Tuesday 24 January 2017

Dusta

Sudah engkau janji
namun tidak engkau tepati
dusta apakah itu.

Thursday 19 January 2017

Cinta tidak mesti memiliki
sayang tidak mesti diperhati
cukup dengan ikatan doa
aku tahu
engkau sentiasa bahagia.

Tuesday 26 July 2016

Mengikut takdirNya

Perjalanan hidup mengikut takdriNya.
Malam siang,
semua berjalan dengan aturan Tuhan.
Jatuh bangkit,
semua atas hendakNya.
Pertemuan perpisahan,
berlaku kerana iradahNya.
Lama tidak bertemu,
ditemukan semula,
melihat pencapaian yang telah dicapainya
aku berfikir
mana aku kini?
Lama tidak bersua,
ditemukan semula,
pada waktu yang paling tidak disangka.
Selama ini engkau hanya hadir
kalau aku lena,
kini kau hadir
kala aku jaga.
Setiap pertemuan,
perpisahan menyusuli.
Engkau hadir hanya sebagai bayang,
melengkapi pagi ku
yang sedang disinari cahaya.

Wednesday 20 July 2016

Sebuah doa

Saat wajahmu selalu menyinggahi
benak fikiranku,
aku tahu,
engkau hanya ingin kan
satu benda dariku,
sebuah doa,
doa tulus ikhlas,
dari seorang kekasih
masa silammu.
Biar doa ini,
menjadi sebuah ikatan
yang tidak kelihatan
diantara kita,
tetapi disaksikan
oleh Yang Maha Esa
dan Yang Maha Berkuasa.

Mimpi yang seakan realiti

Malam itu aku bangun, terkedu dari mimpi yang ku alami. Hujan petir menemani kekeliruanku. Mengapa semakin aku ingin melupakan, semakin kerap dia hampir menghantui? Mengapa semakin aku ingin lari jauh, semakin dekat dia mendekati? Mimpi itu seakan sebuah realiti. Aku diberi tiga perspektif. dari sudut cerita aku, cerita dia dan ceritanya. Senyuman dia tawar. Aku bahagia. Bahagia dalam tangisan yang ku sembunyikan. Tapi, senyuman tawarnya diikuti dengan perasaan yang dahulu. Aku keliru. Mungkin mengiakan kenangan lama, tetapi mengharungi cerita hari ini. Sebab itu, senyuman dia tawar. Aku mungkin faham apa yang cuba ingin disampaikan. Namun, hatiku menjadi tidak tenteram. Aku terduduk lama dari tidurku. Aku berfikir. Fikir apa yang terjadi dalam dunia mimpi itu. Aku yakin ini bukan mainan tidur. Kerna ia sangat terasa seperti sebuah realiti sehingga seakan mustahil untuknya menjadi sebuah fantasi. Aku redha. Aku tawakkal. Aku bingkas bangun pergi mengambil wudhu dan mencari semula ketenanganku melalui tahajjud padaNya.

Tuesday 12 July 2016

Perfect hands

Your hand fits in hers perfectly like its made just for her.

Tuesday 5 July 2016

Mimpi

Bagai mainan tidur
asyiknya dirasa
saat engkau lena
namun kala matahari menyinari
engkau mula menggeliat
enggan berputus dengan keindahan
yang engkau rasai
didalamnya.
Oh indahnya mimpi,
engkau terangkat dari kenyataan
hanya dibuai kecantikan
yang sayangnya
tidak akan kekal
pasti hilang
saat kau sedar.